suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Pancing RM20, dia datang aku lempang!” - Berang cermin kereta diketuk sampai nak pecah, pemuda ‘ajar’ pengemis Rohingya

Segelintir kanak-kanak warga asing meminta sedekah di persimpangan lampu isyarat. -Gambar hiasan AI

SIKAP segelintir pengemis warga Rohingya didakwa menunjukkan reaksi kurang ajar serta bertindak kasar setiap kali permintaan mereka tidak dilayan terus mencetuskan rasa berang dalam kalangan orang awam.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, beberapa individu mendakwa mereka bukan sahaja pernah dikasari, malah turut diludah oleh pelarian Rohingya.

Terbaharu, seorang pemuda menarik perhatian ramai selepas berkongsi kisahnya yang nekad 'membalas dendam' terhadap seorang pengemis kanak-kanak Rohingya yang disifatkan melampaui batas.

Pengemis warga asing juga didakwa sering mengganggu pelanggan yang sedang menjamu selera. -Gambar hiasan AI

"Geram sangat. Main ketuk tingkap (kereta) orang kuat-kuat. Jadi, memang kena la. Aku pancing dia duit RM20, konon nak bagi. Masa dia datang, aku lempang, lepas tu ludah.

"Kejadian berlaku bawah flyover Ampang Point. Pergi je kawasan sana, jumpa la mereka. 'Rezeki' kau la kalau mereka ketuk cermin kereta sampai nak pecah.

"Kalau Bangladesh atau Rohingya, aku memang lawan balik je. Sebab mereka ni suka lawan balik apabila kau marah dia. Tapi silap la hari tu mood aku tak okey," ujarnya.

  • Pemuda kongsi pengalaman buruk berhadapan dengan pengemis Rohingya.
  • Dia mendakwa pengemis kanak-kanak itu mengetuk cermin keretanya dengan kuat.
  • Dia kemudiannya mengumpan kanak-kanak berkenaan dengan wang RM20.
  • Pemuda itu mendakwa dia mengasari kanak-kanak itu untuk memberi pengajaran kepadanya.

Pemuda itu berkongsi pengalamannya di aplikasi Threads sehingga ia turut dihujani pelbagai komen netizen.

Menurut pelayar Threads, rakyat Malaysia sepatutnya lebih berani sekiranya mereka berhadapan dengan pengemis Rohingya yang biadab.

"Saya kalau kena macam ni, terus bagi pelempang. Sampai besar dia akan ingat. Jenis bangsa hanyut macam ni, sampai ke besar kurang ajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terhibur, tak sangka ada lelaki Malaysia skandal dengan wanita Rohingya... Sanggup curang masa isteri tengah mengandung

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terseksa satu bas dengan 40 lelaki Rohingya, bau ‘bangkai’ menusuk hidung - “Dari Pasir Putih sampai Machang aku tak bernafas”

"Sediakan rotan dalam kereta. Nampak biadab sangat. Mak bapa dia tak reti nak ajar, bagi kita ajar.

"Kotor negara kita disebabkan perangai jahanam mereka," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain