Seorang pekerja yang baik pasti akan dihargai dan diraikan lebih-lebih lagi ketika dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja. -Gambar hiasan AI
DALAM dunia pekerjaan, kemahiran dan prestasi bukan satu-satunya ukuran yang menentukan bagaimana seseorang itu akan dikenang oleh majikan serta rakan sekerja.Hakikatnya, adab, cara berkomunikasi dan bagaimana seseorang membawa diri juga penting, termasuk ketika mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat. Di Threads, seorang individu berkongsi pengalaman peribadinya ketika mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat kerja lama selepas mendapat peluang bekerja di lokasi yang lebih dekat dengan keluarga.Bukan mudah untuk seseorang mengambil keputusan berhenti kerja, namun ia dilakukan demi meneroka peluang lain di tempat baharu. -Gambar hiasan AI"Dulu masa resign, bos buat farewell dekat Korean restaurant. Team harap saya stay lagi sebenarnya. "Tapi hati saya kuat nak resign sebab tempat kerja baru dekat dengan family," kongsinya.Namun apa yang menyentuh hatinya, bekas majikan sempat meninggalkan pesanan bahawa dia sentiasa dialu-alukan untuk kembali sekiranya tempat kerja baharu tidak sesuai.ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat pindah tempat kerja terbantut, bakal majikan ubah tawaran gaji saat akhir... Wanita bernasib baik sempat tarik balik surat ‘resign’ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan beban kerja, staf mahu resign! Tapi bos halang, perlekeh tak pandai 'handle' stres"Lepas habis makan, masa balik bos jalan sama-sama saya, pegang bahu dan cakap... kalau you rasa tempat baru nanti tak okay, bila-bila masa you boleh balik sini. Meja you sentiasa ada."Rasa sebak la pula. Modal insan saya masih ada value kepada company dia. Walaupun masa awal kerja dulu pernah dapat warning letter sebab gaduh dengan project manager berkaitan kerja," ujarnya.Menariknya, hubungan baik itu kekal sehingga lebih 12 tahun selepas dia meninggalkan syarikat tersebut.Sekadar berkongsi pengalaman peribadi, individu itu berkata apa yang penting adalah nilai seseorang di tempat kerja bukan hanya pada prestasi, tetapi juga tentang cara dia menghargai hubungan sepanjang berada dalam organisasi.Seorang individu berkongsi pengalaman meninggalkan tempat kerja lama kerana mendapat peluang yang lebih dekat dengan keluarga.Bekas majikan menghargai keputusannya dan masih mengalu-alukan dia untuk kembali bekerja.Hubungan baik dengan bekas majikan kekal walaupun sudah lebih 12 tahun meninggalkan syarikat.Kesimpulannya, nilai seseorang di tempat kerja bukan hanya berdasarkan prestasi, tetapi juga adab dan cara menjaga hubungan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kawan saya pernah pesan... kalau nak berhenti kerja, buatlah dengan cara elok. Sebagaimana beradabnya kita masa memohon kerja dulu, begitulah juga adabnya waktu kita nak melangkah keluar. Sekurang-kurangnya, senang kalau nak minta rujukan (reference) kemudian hari."Kesimpulannya, sentiasalah beradab dengan semua orang dalam persekitaran kerja kita. Nak resign? Buat cara elok dan serahkan tugasan (handover) sampai selesai. Barulah hati kita rasa tenang," akhirinya.Di ruangan komen, warga maya memuji sikap individu tersebut yang memilih untuk menjaga hubungan baik dengan bekas majikan serta menekankan pentingnya keluar daripada sesebuah organisasi secara profesional."Betul tu. Masuk secara baik, keluar pun cara baik. Kita tahu dunia berputar."Tempat kerja lama saya pun macam ni. First office job dari intern sampai permanent. Meja saya still kosong, gambar saya still ada dekat dinding," komen netizen.