ADA segelintir individu sanggup menipu maklumat peribadi termasuk pendapatan semata-mata mahu mendapatkan bantuan.Seorang bekas ketua kampung mendakwa golongan peniaga antara yang sering mengemukakan borang pengesahan dengan maklumat pendapatan diragui kebenarannya. Menurutnya yang memegang jawatan berkenaan pada 2018, ada segelintir daripada mereka turut mendakwa hanya memperoleh pendapatan kurang daripada RM900 dan dikategorikan sebagai miskin tegar.Ada sesetengah murid mendapat bantuan walaupun ibu bapa mereka berpendapatan besar. -Gambar hiasan AI"Golongan peniaga paling ramai menipu borang pengesahan pendapatan, masing-masing tiba-tiba jadi miskin tegar."Padahal masa datang ambil cop dan tandatangan, kereta besar, emas tebal. Aku tak dengki dan kerja aku cuma tandatangan. Malas nak gaduh. Kau jawab depan Allah nanti," katanya.Dia mendakwa perkara itu lebih ketara dalam kalangan peniaga makanan dan minuman (F&B), walaupun perniagaan yang dipaparkan kepada pihak luar tidak menggambarkan situasi kewangan sebenar."Warung je nampak buruk, tapi barang kemas tujuh keturunan makan tak habis," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Guru dah lali lihat ibu bapa kaya manipulasi dokumen demi dapat bantuan... Lepas tu sibuk mengeluh anak tak pandai, degilARTIKEL BERKAITAN: Menu ayam habis licin, nasi lemak masuk tong sampah! Guru sedih murid RMT ‘picky eater’, rayu mak ayah jangan tipu maklumat gajiBagaimanapun, pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa kerana hanya boleh membuat pengesahan berdasarkan dokumen dikemukakan.Sebagai ketua kampung katanya, dia hanya mampu memberi peringatan supaya pemohon tidak memberikan maklumat palsu."Kalau mereka menipu, mereka yang akan jawab. Tugas kita selesai apabila sudah beri nasihat," katanya.Dia turut mendakwa pernah menolak permohonan tertentu namun menjadi sasaran kecaman sehingga ada tergamak menuduhnya mengambil rasuah. Peniaga didakwa tipu pendapatan demi bantuan.Ada yang mengaku pendapatan bawah RM900.Kereta besar, emas tebal tapi dakwa miskin.Bekas ketua kampung hanya sahkan dokumen.Netizen turut kongsi pengalaman hampir sama.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang bersetuju dengan pendedahan bekas ketua kampung tersebut kerana memang terdapat golongan sedemikian."Dekat sekolah anak saya ada buat bantuan cermin mata. Anak saya rabun tapi tak dapat, tapi kawan dia yang bapa jemput balik sekolah hari-hari naik Alphard pula dapat. "Ambil hak orang yang lebih memerlukan. Bagi makan anak bini dengan hasil haram. Anak perangai bukan-bukan salahkan sekolah," komen warga maya.