Pesakit pastinya lebih ceria sekiranya mereka ditemani dan dijaga oleh orang tercinta. -Gambar hiasan AI
PENGORBANAN seorang wanita yang sanggup menjaga teman lelakinya di hospital bagaikan sia-sia apabila kesetiaannya dibalas dengan kecurangan.Menurut wanita itu, perbuatan berkenaan terbongkar ketika kekasihnya masih lagi sakit dan sedang terlantar sakit di sebuah hospital. "Aku buka telefon masa dia tidur. Aku periksa WhatsApp, nak tengok kalau ada yang mahu datang melawat.Segelintir lelaki sanggup melanggan DS demi kepuasan nafsu mereka. -Gambar hiasan AI"Aku pun buka Telegram. Terjumpa mesej dia dengan akaun darkside (DS). Orang tu siap hantar expired photo lagi dekat teman lelaki aku."Aku penat jaga dia dalam wad macam kuli. Muntah dia aku bersihkan. Makan minum aku suap. Pergi tandas pun aku tolong," luahnya.Apa yang lebih menyakitkan, dia terpaksa bersabar terlebih dahulu demi memikirkan teman lelakinya yang sedang sakit.Seorang wanita sanggup menjaga kekasihnya yang sakit di hospital.Dia kecewa pengorbanannya itu dibalas dengan kecurangan.Kecurangan teman lelakinya terbongkar selepas dia membaca mesej di Telegram.Ramai netizen meminta wanita itu segera angkat kaki dan memutuskan hubungan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku kena berlakon macam tak ada apa-apa berlaku. Tak boleh nak confront lagi sebab dia tengah sakit. Aku cuma mampu berdoa supaya perasaan sayang ni hilang."Biar boleh tinggalkan dia tanpa ada rasa apa-apa. Aku semak tarikh, dia chat dengan DS tu pada hari kami bergaduh. Masa tu dia mencari orang lain," luahnya lagi.Di ruangan komen, ramai netizen meminta wanita itu agar segera meninggalkan teman lelakinya.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri terduduk suami langgan DS, bayar RM800 sekali servis! Terus tiada ‘mood’ sambut lebaran - “Kami team raya asing”ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki lulusan agama di Jordan kantoi ada akaun ‘dark side’, aktif rakam aktiviti persundalan rentas jantina!Kata netizen lagi, wanita itu tidak sepatutnya menjaga lelaki berkenaan di hospital kerana mereka bukanlah suami isteri."Kenapa beria nak jaga teman lelaki? Keluarga dia dah mati ke? Dia pun anggap kamu macam opsyen saja."Awal-awal lagi dah bagi layanan macam seorang isteri. Tak semua lelaki layak terima kebaikan kamu," tulis beberapa netizen.