SEGELINTIR isteri sanggup bertahan walaupun tidak bahagia kerana takut dengan stigma masyarakat terhadap golongan wanita berstatus janda.Menurut seorang wanita, neneknya juga melalui kehidupan penuh derita suatu masa lalu kerana berkahwin dengan lelaki 'biawak hidup'. Mengimbas kisah keluarganya itu, dia berkata neneknya bekerja sebagai penoreh getah demi membesarkan anak-anak dan menyara keluarga.Ibadah haji merupakan impian setiap umat Islam. -Gambar hiasan "Atuk hanya lepak di kedai kopi. Tapi nenek tak bercerai. Nenek takut orang kampung mengata, nanti tiada orang nak beli hasil getah. Sedih sangat. "Masa tahun 1990-an, nenek dapat pergi haji dengan hasil jual tanah kebun getah. Orang kampung masih mengata sebab dia tak pergi haji dengan suami."Sampai akhir hayat atuk tak pergi tunai haji. Atuk tak pernah fikir pun semua benda tu," ujarnya.Wanita tular selepas imbas kisah sedih kehidupan neneknya.Neneknya bekerja sebagai penoreh getah untuk menyara keluarga.Menurut wanita itu, atuknya pula tidak bekerja dan suka melepak.Neneknya jadi bahan umpatan kerana tunai haji tanpa suami.Ringkasan ini dijana oleh AIKisah nenek wanita itu meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi menerusi aplikasi Threads.Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih terhadap golongan wanita yang menderita gara-gara dianiaya suami."Wanita yang bekerja demi menanggung biawak hidup dipandang serong dan menjadi umpatan. Yang menjadi biawak hidup tu, langsung tiada siapa bersuara.ARTIKEL BERKAITAN: “Dah pesan kena jaga mulut” - Ibu patah tangan masa tunai haji, rupanya pernah terdetik teringin tengok Hospital King SalmanARTIKEL BERKAITAN: Sikap ‘haji bakhil’ buat adik jauh hati, teh ais RM3 pun minta bayar balik! Doa kakak berubah, tak kedekut dengan keluarga sendiri"Susahnya jadi seorang wanita. Kami hanya mampu kirimkan doa untuk nenek awak."Ya, zaman dahulu janda memang dihina. Anak-anak janda pun dihina," tulis beberapa netizen.