TIDAK semua wanita berpeluang menjalani kehidupan indah dan serba lengkap seperti yang disangka.Biarpun begitu, entah mengapa masih ada segelintir pihak yang menganggap golongan hawa selalu 'goyang kaki' dan jauh lebih beruntung berbanding lelaki. Terbaharu, seorang lelaki secara terbuka mengakui dia cemburu melihat gaya hidup segelintir wanita yang didakwanya langsung tidak perlu pening kepala memikirkan soal mencari duit poket sendiri kerana segala keperluan disediakan suami.Menerusi satu perkongsian di media sosial, lelaki tersebut mendakwa kelompok wanita ini hanya menikmati kehidupan dengan bersenang-lenang bersama rakan-rakan tanpa perlu memikul sebarang beban kewangan."Kadang-kadang saya cemburu tengok orang perempuan. Tak pening kepala fasal nak cari duit. Semua suami bagi. Kerja dia hanya pergi hi-tea sana, travel sini dan beli belah di merata-rata tempat.Suami yang baik perlu meringankan beban isteri. -Gambar hiasan AI"Malam pula pergi majlis, menari poco-poco. Hari minggu pergi pilates lepas tu 'belasah' makan kek. Sekali sekala sertai geng marhaban dan baca surah Yasin. Minggu depan pula tengok konsert."Lepas tu terbang ke Jakarta, Indonesia cari kain dan makan di restoran popular di sana. Bulan depan pula dah nak gaji, nak pergi umrah dengan kawan-kawan. Eh... bahagia la hidup," ujar lelaki itu.Bukan itu sahaja, dia turut berseloroh kononnya sanggup bermadu asalkan tidak perlu bekerja dan segala perbelanjaan hidup ditanggung sepenuhnya oleh pasangan."Kalau saya la kan (jadi wanita), suami berpangkat datuk nak pasang (kahwin) dua, tiga atau empat pun saya tak kisah. Yang penting saya tak payah kerja. Cukup duit dan nikmati je kehidupan.ARTIKEL BERKAITAN: Baru sebulan kahwin... Isteri suka herdik suami, gagal kawal sikap panas baranARTIKEL BERKAITAN: Sampai bergaduh dengan keluarga sendiri! Lelaki sakit kepala layan isteri kuat merajuk, cemburu kisah silam"Biarkan saja dia dengan skandal lain," ujarnya berseloroh memberikan bayangan sekiranya peranan sebagai suami isteri bertukar atau situasi diterbalikkan.Bagaimanapun, pandangan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan gambaran itu tidak mencerminkan realiti kehidupan kebanyakan wanita.Menurut mereka, ramai wanita pada hari ini bekerja keras untuk memperoleh pendapatan sendiri, malah masih memikul tanggungjawab menguruskan rumah tangga walaupun sudah berkahwin.Lelaki cemburu lihat kehidupan wanita, netizen dedah realiti sebenar.Dakwa wanita tak perlu fikir cari nafkah, lelaki ini dikecam netizen.Persepsi wanita hidup senang dipersoal, ramai wanita tampil bersuara.Lelaki anggap wanita lebih bertuah, netizen sifatkan pandangan tak realistik.Luahan lelaki mengenai 'kelebihan' wanita undang pelbagai reaksi netizen.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kenapa lelaki era ini hati tisu."Patutnya sebagai lelaki cemburu dengan lelaki. Cemburu macam mana lelaki lain boleh bahagiakan isteri dia. Boleh buat contoh cara-cara bahagiakan isteri macam dia. Cemburu dengan perempuan buat apa?"Saya begitu mengharapkan kehidupan sebagai isteri ni macam awak ceritakan, tapi realitinya semua awak cakap ni ramai perempuan buat sendiri tanpa seorang lelaki yang sediakan walau dah ada suami."Sebenarnya ramai lelaki berharap mereka dapat hidup macam perempuan. Memandangkan mereka tak dapat, sebab itu cemburu. Lepas tu panggil perempuan murahan," komen beberapa netizen.