WANITA yang melalui fasa kehamilam sewajarnya memerlukan perhatian dan sokongan daripada insan terdekat, lebih-lebih lagi apabila diuji dengan komplikasi kesihatan serius.Namun, berbeza pula nasib seorang wanita ini yang berdepan tekanan emosi apabila keadaan kesihatannya dipandang remeh oleh ibu mentua sendiri. Menurut wanita itu, dia sedih apabila ibu mentuanya seolah-olah tidak memahami keadaan kesihatannya sehingga mempersoalkan tindakan suami yang mempertahankan dirinya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tegur perangai ‘mak buyung’ di kedai viral... Sarat hamil bukan ‘tiket’ mudah nak potong barisan!ARTIKEL BERKAITAN: “Perut aku dah berbunyi pedih” - Wanita hamil sedih disindir rakan sekerja, belum sampai tengah hari sudah buka puasa!“Salah ke suami nak pertahankan isteri daripada mak dia sendiri?“Sebabnya saya baru dua minggu discharged dari hospital atas sebab pregnant, denggi berdarah dan ditidurkan.“Lepas discharged, pernafasan saya jadi pendek dan kaki masih tak kuat berjalan atau berdiri,” tulisnya memulakan luahan sedih media sosial.Namun, apa yang lebih mengecewakan, wanita itu mendakwa ibu mentuanya menganggap dia sengaja bermalas-malasan dan enggan bergerak, sedangkan dia sedang menjalani proses pemulihan.Sokongan daripada orang sekeliling amat penting ketika melalui fasa kehamilan. -Gambar hiasan AIMalah, menurutnya keadaan itu membuatkan dia semakin tertekan kerana sejak awal kehamilan lagi, ada sahaja perkara yang tidak disenangi oleh ibu mentuanya.Dakwanya, ibu mentuanya turut membandingkan pengalaman sendiri ketika mengandung suatu masa dahulu.“’Zaman mak tak ada pun macam ni. Mak kerja ladang lagi lasak daripada bini kau… hidup je kau orang semua adik-beradik sampai sekarang. Mak pun sihat je.“‘Mak dulu mengandung boleh je jalan sana sini, zaman dulu lagi la susah tiada kenderaan,” katanya mengulangi kata-kata yang dilontarkan ibu mentuanya.Seorang wanita sedih keadaan kesihatannya diperlekeh mentua.Wanita itu sedang hamil dan baru keluar hospital kerana denggi.Mentuanya membandingkan situasi dirinya ketika hamil sebelum ini dengan menantu.Wanita itu enggan menjawab namun kecewa dengan sikap mentua.Netizen bersetuju dan berpendapat setiap kehamilan dan proses pemulihan selepas sakit adalah berbeza bagi setiap individu.Ringkasan ini dijana oleh AIMengakhiri perkongsian itu, wanita berkenaan menegaskan bahawa dia tidak pernah meminta untuk jatuh sakit dan sentiasa berusaha melakukan aktiviti ringan mengikut kemampuan demi mendapatkan semula kekuatan fizikal.“Kita tak minta sakit. Kita bukan baring tak berjalan langsung. Kita usaha naik turun tangga, cuba jalan dekat kawasan rumah.“Takkan nak kena update semua aktiviti kita dekat mak mentua,” luahnya.Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan selain menyifatkan setiap kehamilan dan proses pemulihan selepas sakit adalah berbeza bagi setiap individu.Ramai turut memuji tindakan suami wanita itu kerana sanggup mempertahankan isterinya, sambil berpandangan bahawa sokongan daripada pasangan memainkan peranan penting ketika seseorang wanita sedang melalui proses pemulihan.