KHABAR duka mengenai kematian insan tersayang pastinya meninggalkan kesedihan yang sukar digambarkan, lebih-lebih lagi apabila tidak berpeluang pulang untuk memberikan penghormatan terakhir.Itulah situasi perit yang dialami seorang wanita apabila mendakwa gagal pulang ke kampung selepas menerima berita datuknya meninggal dunia, gara-gara terhimpit dengan masalah kewangan dan pengangkutan. Menurut wanita itu, dia percaya suaminya tidak juga bersungguh-sungguh untuk membawanya pulang, selain mendakwa kereta mereka berdepan risiko ditarik akibat tunggakan bayaran.Suami yang baik tidak akan mengabaikan keperluan isteri begitu sahaja. -Gambar hiasan"Aku sedih la baru dapat berita tokwan (datuk) meninggal dunia. Tapi tak boleh balik kampung sebab suami hanya tidur je waktu ni. Dia tak ajak balik pun."Aku tahu dia tak ajak sebab belum terima gaji lagi. Lepas tu kereta pun dah empat bulan tak bayar. Kalau kami keluar, mesti kena tarik," cerita wanita itu di Threads.Dalam perkongsian sama, wanita itu turut meluahkan rasa kecewa dengan kehidupan rumah tangganya yang didakwa serba kekurangan kerana suaminya tidak berusaha mengubah nasib keluarga.ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal ‘downgrade’ harga diri kahwin lelaki miskin, wanita terbeban dapat suami oportunis - “Dia lanyak kereta aku buat e-hailing!”ARTIKEL BERKAITAN: Suami miskin mengamuk isteri hidang nasi lauk telur, bandingkan kehebatan ibu sendiri mampu masak tiga jenis lauk"Kalaulah aku tidak terikat dengan anak dan bayi kecil, sudah lama aku pulang bersendirian. Sedih ya, yang meninggal tu datuk."Serabut bodoh nikah dengan orang miskin ni, semua benda tak ada. Kalau susah tapi rajin cari duit tak apa la. Ini sudah la susah, pemalas pula. Semua benda tak bayar, menyusahkan bini," katanya lagi.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyarankan wanita tersebut mencari alternatif untuk pulang ke kampung tanpa bergantung sepenuhnya kepada suami.Wanita terkilan gagal pulang beri penghormatan terakhir buat datuk.Masalah kewangan dan tunggakan kereta didakwa jadi penghalang balik kampung.Luah kecewa hidup susah, dakwa suami tidak berusaha mencari rezeki.Perkongsian wanita raih perhatian, ramai simpati dengan nasib dilaluinya.Netizen gesa wanita cari alternatif pulang dan jangan terus memendam rasa.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah, ada juga warga maya mencadangkan agar wanita itu menghubungi ahli keluarga terdekat bagi mendapatkan bantuan untuk pulang menziarahi jenazah datuknya."Awak balik saja seorang diri naik pengangkutan awam. Suruh suami jaga anak sekejap. Daripada awak cerita hal dalam kain, baik fikir apa nak buat supaya dapat balik ziarah. Waktu ni menyesal pun tak guna."Berhubung la dengan saudara-mara atau adik-beradik yang terdekat dengan awak. Rasanya kalau jauh sekali pun adik-adik atau kakak abang tu sanggup je datang ambil dekat rumah. Datuk awak meninggal kut."Lagi satu awak rasa suami awak pemalas nak mampus, angkat kaki dan tinggalkan dia. Jangan hidup makan hati dengan orang bodoh macam tu. Nanti merana sampai ke hari tua," komen sesetengah netizen.