suria

Suami miskin mengamuk isteri hidang nasi lauk telur, bandingkan kehebatan ibu sendiri mampu masak tiga jenis lauk

Suami perlu menjaga sensitiviti apabila bercakap mengenai masakan isteri. -Gambar hiasan AI

GOLONGAN isteri sememangnya sensitif apabila ditegur soal makanan dan masakan, lebih-lebih lagi jika ia datang daripada suami sendiri.

Begitulah situasi yang berlaku selepas wanita ini mendirikan rumah tangga apabila dia dipersalahkan kerana tidak memasak hidangan menyelerakan.

"Saya kenal suami sebelum kami kahwin lagi. Dia cakap nak perempuan yang boleh terima suami susah. Bukan hanya sayang masa berduit je.

Seorang isteri pastinya kecewa jika masakan dibandingkan dengan mentua. -Gambar hiasan

 "Tapi apabila lepas kahwin, saya hidang lauk telur je. Tapi dia mengamuk kerana dapat makan tu je.

"Malang hidup saya ni. Dah itu je yang ada, macam mana nak makan yang sedap-sedap?" luahnya di sebuah grup Facebook.

Ujar pengadu lagi, dia juga terasa hati dengan sikap suami yang suka pulang ke rumah ibu bapanya untuk makan.

"Suami suka sangat balik rumah mak bapa. Mak dia hidang tiga jenis lauk yang sedap-sedap.

"Mak mentua memang jenis tak pernah masak satu jenis lauk je. Allahu manalah saya ada duit untuk hidangkan tiga jenis lauk macam tu," kata sayu dan buntu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami main masak-masak di dapur! Isteri nak menangis suap nasi goreng buah delima, epal - “Jadi soggy, saya bagi 3 markah”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami 'mogok' isteri ungkit bab duit! Enggan makan di rumah, minta izin sebelum goreng telur - "Nanti abang ganti balik"

Tanpa menjelaskan tentang pekerjaan pasangan atau punca pendapatan keluarga, wanita itu berkata dia mempersoalkan tentang janji suami yang mahu mengharungi cabaran berumah tangga bersama.

"Dia cakap nak isteri yang boleh terima suami miskin. Yang boleh makan telur, tidur atas toto, rumah kosong je tak mewah macam kediaman mak dia. 

"Tapi sekarang dia juga yang pertikai kata bini macam-macam. Nak bini terima suami miskin tapi dia tak terima pun diri sendiri miskin," ujar si isteri lagi.

  • Isteri sensitif bila suami mempertikai masakannya.
  • Suami mengamuk kerana hanya dihidang lauk telur.
  • Lelaki itu kerap makan di rumah ibu bapanya yang menyediakan banyak lauk.
  • Isteri tertekan kerana dibandingkan walaupun hidup serba sederhana.
  • Netizen kecam suami kerana mahu makan sedap tetapi tidak beli barang dapur.

Perkongsian wanita ini meraih pelbagai reaksi netizen yang memberikan pelbagai pendapat.

"Lelaki selalu cakap perempuan tak nak hidup susah tapi tengok la kisah ni. Siapa yang tak nak hidup susah? Tak sedar diri pula dah miskin tapi berlagak nak hidup senang.

"Perangai suami kau buat aku yang lelaki ni pun menyirap. Nak makan sedap beli la lauk bagi isteri masak. Tak kesian ke dekat isteri makan lauk macam tu selalu? Jangan buat anak orang macam tu.

"Jantan tak guna. Nak makan sedap beli la barang basah. Tak ada rasa tanggungjawab langsung. Aku yang bujang ni pun pandai beli barang dapur," komen beberapa netizen.

Artikel Lain