PERANCANGAN hidup membuatkan seorang wanita berdepan dilema lebih-lebih lagi ketika ibu sendiri diuji dengan penyakit Alzheimer.
Katanya, dia buntu dan tersepit antara tanggungjawab sebagai anak tunggal dan keinginan untuk mengejar kebahagian selepas perkahwinan pertama tidak bertahan lama.
"Aku anak tunggal dan janda yang memiliki seorang anak. Aku bakal kahwin bulan depan (Disember). Semasa menjanda, aku duduk dengan mak.

Menguruskan anak sendirian sebagai ibu tunggal bukan satu tugasan mudah. -Gambar hiasan AI
"Mak aku ada penyakit Alzheimer dan hoarding disorder. Suka simpan barang lama sampai berulat. Apabila aku buang, kena maki pula.
"Mak suka memaki hamun dan menyumpah seranah. Walaupun dia sakit tapi bab mencarut, merendahkan orang elok pula," ujarnya di Thread.
Akui wanita itu dia dihantui rasa bersalah setiap kali terlintas untuk keluar dari rumah ibunya selepas berkahwin.
Namun dalam masa sama dia bimbang jika situasi itu memberi tekanan kepada bakal suaminya.
ARTIKEL BERKAITAN: Berkat jaga emak uzur, tak kisah lampin bocor kena kereta baharu... Anak terharu luas rezeki lepas ibu meninggal
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda 'dikerah' jaga ibu sakit, ulang alik bawa jumpa doktor... 4 adik beradik lain goyang kaki, beri banyak alasan
"Kesian kena hadap makian dan sumpah seranah yang akan keluar dari mulut mak aku. Lepas tu bila aku cakap nak pindah, mak akan mula meroyan dan merentan.
"Dia cakap kami bencikan dia dan lebih baik dia mati. Lagi satu, mak ni walaupun sakit dan pakai lampin, dia jenis tak jaga makan. Petai dan jering dia makan.
"Bayangkanlah... lepas tu malas tukar lampin sendiri. Serius aku cakap, aku dah penat," luah wanita itu lagi.
- Anak tunggal ini buntu menjaga ibu yang sakit Alzheimer dan hoarding.
- Ibunya sering marah dan bertindak kasar apabila ditegur.
- Dia risau bakal suami tertekan jika tinggal bersama nanti.
- Hasrat untuk berpindah buat ibunya bertindak semakin emosional.
- Netizen cadang pasangan itu tinggal berasingan dan dapatkan bantuan penjagaan.
Isu yang dikongsikan di media sosial ini menarik perhatian ramai yang rata-rata memahami kesukaran wanita berkenaan.
Rata-rata mencadangkan wanita ini dan pasangannya kelak agar berpindah keluar daripada rumah ibunya.
Namun mereka mencadangkan agar dia mendapatkan pembantu yang dapat menguruskan ibu dengan baik.
Selain itu ada juga yang mencadangkan agar dia mencari rumah sewa yang berdekatan bagi memudahkan urusan menguruskan ibu sakit.


