DOA seorang ibu tiada batasnya, justeru setiap kata yang keluar dari mulut mereka mampu mengubah perjalanan hidup anak-anak.
Seorang wanita dikenali sebagai Nur Sha membuat perkongsian menyentuh hati dengan menceritakan momen bersama ibunya menerusi satu hantaran di Threads.
Menurut Nur Sha, walaupun ibunya sudah tiada, sehingga kini di telinganya masih terngiang-ngiang gurauan arwah yang mana ketika itu dia menggunakan kereta terpakai.
"Dulu aku pakai kereta second hand, tak ada aircond. Mak berpeluh-peluh dalam kereta. Rileks je dia 'menganjing' aku.

Merindui insan yang sudah meninggal dunia begitu 'menyakitkan'. -Gambar hiasan AI
"Aku cakap dekat mak, doakan orang dapat beli kereta baharu. Nanti kita ukur jalan selatan sampai ke timur. Mak kata mestilah dia doakan.
"Dia terus angkat tangan berdoa aku dapat beli kereta baharu. Tapi bila dah dapat (kereta baharu), mak tak boleh jalan sendiri (uzur). Kena naik kerusi roda dan pakai lampin pakai buang," jelas wanita itu.
Disebabkan mengalami kesukaran dalam pergerakan, ibunya berasa bimbang akan menyusahkan si anak jika dia dibawa keluar jalan-jalan serta menaiki kenderaan baharu itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Graduan ijazah hilang semangat cari rezeki di Kelantan… Disuruh kerja 6 hari seminggu dengan gaji asas RM1,700 sebulan
ARTIKEL BERKAITAN: Penat jadi ‘mesin ATM’ famili! Mak ayah ‘demand’ elaun balas jasa... Minta nada bergurau, anak tahu dalam hati memang berharap
Sedangkan bagi Nur Sha, itulah detik paling berharga dalam hidupnya apabila dapat berbakti kepada ibunya yang sakit.
"Mak kerap rasa bersalah kalau aku bawa berjalan. Mesti lampin bocor. Tapi dia rasa menyusahkan aku dan aku pula rasa bangga bawa mak merayap.
"Bocor tu apa ada hal, cuci sajalah. Setiap kali mak serba salah je aku ulang ayat adik kan orang kaya mak, nanti kotor adik beli je kereta baharu. Tahu apa jadi dekat aku lepas tu?
"Allah tak bagi kereta baharu masa mak hidup. Tapi Dia hadirkan rezeki melimpah luah dekat aku lepas dia 'ambil' mak pulang. Aku dapat kereta idaman (kereta baharu kedua), walaupun biasa tapi idaman dari sekolah," jelasnya.
- Wanita mengenang arwah ibu yang pernah menemaninya menaiki kereta lama tanpa aircond.
- Doa ibunya termakbul apabila dia berjaya beli kereta baharu, namun ketika itu ibunya sudah uzur.
- Ibunya sering rasa bersalah, takut susahkan anak apabila lampin bocor ketika keluar.
- Selepas ibu meninggal dunia, rezekinya makin melimpah dan dia memiliki kereta idaman.
- Netizen tersentuh, mengingatkan bahawa doa ibu adalah punca utama keberkatan dan rezeki anak.
Bercerita lanjut dia berkata, arwah ibu sempat merasa kereta baharu yang dibeli namun kenderaan impian hanya dimiliki selepas ibunya meninggal dunia.
"Masa bocor (pakai lampin) tu aku pakai kereta baharu juga. Cuma lepas mak meninggal, aku beli kereta idaman yang baharu lagi.
"Apa yang aku dapat sekarang semua doa daripada mak. Aku tak akan dapat kalau tanpa doa seorang ibu. Hebatnya saya bukan sebab diri tapi sebab doa seorang ibu.

Antara komen netizen.
Perkongsian itu mengundang sebak warganet yang turut menitipkan doa serta kata semangat di ruangan komen.
"Ni antara tip nak murahkan rezeki. Apabila kita letak diri kita akhir dan mak ayah terlebih dahulu. Tahniah dik.
"Semoga awak sentiasa kaya raya sehingga ke syurga sebab sudah memuliakan kunci syurga awak," antara komen netizen.


