SEORANG wanita meluahkan rasa simpati terhadap suaminya yang terpaksa menguruskan ibu berkerusi roda seorang diri tanpa bantuan adik-beradik lain.
Katanya, tanggungjawab membawa ke hospital dan mengurus keperluan harian ibu hanya dipikul suaminya seorang walaupun mempunyai empat adik-beradik lain.
"Mak ada banyak appointment dengan hospital kerajaan setiap bulan. Lebih kurang enam doktor pakar dia jumpa. Semua appointment suami yang bawa mak dia pergi hospital.

Anak-anak perlu mengambil bahagian menjaga ibu ketika sakit. -Gambar hiasan AI
"Adik beradik suami langsung tak tawar diri nak hantar. Bila minta tolong, mereka bagi alasan tak tahu nak cakap dengan doktor nanti.
"Ada yang kata susah sebab nanti tengah hari nak ambil anak sekolah. Takkan 365 hari tak ada hari boleh bergilir hantar mak pergi hospital satu atau dua appointment," luahnya kesal.
ARTIKEL BERKAITAN: Sejak Form 3 anak angkat jaga mak ayah sakit sampai hujung nyawa, 2 kali berhenti kerja... Umur 30 tahun dilantik jadi CEO 3 anak syarikat
ARTIKEL BERKAITAN: Mohon EL sebab anak sakit, bos zalim suruh pilih kerjaya atau dipecat! Wanita putuskan jaga 'maruah seorang ibu'
Tambah wanita itu lagi, tiada seorang pun adik beradik suami yang ringan tulang menolak kerusi roda ibu mereka setiap kali keluar bersama keluarga besar.
Wanita itu turut menceritakan detik sedih apabila suaminya mengaku penat bersendirian menanggung semua beban menjaga ibu.
"Kalau saya dan suami tak ikut berjalan, mereka mesti tanya mak mentua ikut ke sebab mereka nak pergi berjalan jauh. Minta maaf saya meluah.
- Isteri luah simpati, suami urus ibu sakit dan berkerusi roda seorang diri.
- Empat adik-beradik lain langsung tak bantu jaga ibu.
- Beri alasan sibuk dan tak tahu cakap dengan doktor.
- Suami luah penat, rasa 'burn out' urus kerja dan ibu.
- Netizen kecam adik-beradik yang lepas tangan.
"Saya rasa tak adil jika kami berdua saja yang uruskan. Kalau mak kata nak pergi rumah adik beradik, mereka dah pakat bertanya bila kami nak ambil mak mentua semula.
"Suami kata dia letih dan nak 'me time' juga. Bukan dia tak nak berbakti, cuma rasa burn out jaga mak dan bekerja. Dia sayang mak dia. Saya pun rasa sedih," jelasnya lagi.
Luahan tersebut turut mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersimpati dan menegur sikap adik-beradik yang tidak bertanggungjawab.

Sebahagian komen netizen.
"Adik beradik tak ada rasa tanggungjawab sebab tu lepas semua atas beban suami. Padahal benda ni kalau ambil seorang sikit memang ringan je. Kena tegas dan muafakat la semua.
"Memang mereka tak mahu jaga pun. Boleh je ambil cuti kalau nak teman pergi hospital. Bercuti jalan-jalan boleh pula. Kami adik beradik pun bergilir-gilir. Masing-masing kerja juga," komen beberapa netizen.


