BAGI sesetengah individu, rumah adalah ruang peribadi untuk berehat selepas penat bekerja.
Ia bukan sekadar tempat berteduh, sebaliknya ruang untuk menenangkan fikiran dan menikmati istirehat tanpa gangguan.
Namun begitu ada segelintir yang tidak memahami konsep privasi apabila kediaman rakan sering menjadi sasaran untuk aktiviti sosial, sebagaimana kisah dikongsikan oleh seorang wanita ini.
Waktu cuti digunakan untuk beristirehat dan menikmati 'me time' selepas penat bekerja. -Gambar hiasan AI
Menurut wanita berkenaan, rakan-rakan sekerjanya sudah beberapa kali memintanya menganjurkan majlis house warming terutamanya selepas dia memiliki kediaman sendiri, sehingga membuatkannya rimas.
"Aku sejenis yang tak suka ajak orang datang rumah kecuali family member. Masa dapat kunci rumah, adalah kawan sibuk suruh aku buat house warming party... nak datang katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Beritahu tiada bilik, nak tidur ruang tamu pula! Wanita geram kenalan suami ‘menekan-nekan’ mahu tumpang bermalam
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 'mogok' famili ipar tumpang rumah buat majlis hari jadi... Sakit hati suami bagi idea, suka hati pelawa tanpa bincang
"Anda ingat aku suka ke orang datang rumah? Aku buat pekak dan bodoh je. Sekarang ni dah dua tahun berlalu pun masih ada yang suruh buat... kau kenapa?
"Kebulur makan free ke atau sibuk nak cari kelemahan dan tak sabar nak condemn rumah orang? Sebab yang sibuk ni aku tahu perangai jenis apa," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Seorang wanita berkongsi rasa rimas apabila rakan sekerja sering mendesaknya buat majlis house warming.
Dia hanya selesa menjemput ahli keluarga, bukan rakan-rakan atau tetamu lain.
Rutin harian yang sibuk, termasuk ulang-alik 100 km sehari, membuatkan dia perlukan rumah sebagai tempat rehat.
Tegasnya dia mempunyai urusan lebih penting selain bersosial dengan rakan.
Netizen bersetuju dan menganggap dia melakukan tindakan tepat untuk menjaga ruang peribadi sendiri.
Tambah wanita tersebut, dia tidak mempunyai masa untuk bersosial di luar waktu pejabat kerana sibuk untuk melakukan urusan yang lebih penting selain berehat.
"Untuk aku yang hari-hari berulang 100 kilometer (km), ingat aku tak penat? Weekend nak buat kerja mengemas rumah. Rumah adalah tempat aku nak istirehat.

Sebahagian daripada reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Orang cakap apabila meraikan tetamu maka datanglah rahmat, rezeki. Tapi kalau datang tak reti balik pun satu hal. Lagi pun aku tak suka bising-bising dan rumah bersepah," tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan wanita tersebut dan menyifatkan dia melakukan tindakan yang betul.
"Sama macam saya. Saya pun tak suka ajak orang datang rumah. Tak tahu kenapa. Biarlah nak kata apa pun dekat belakang.
"Pastu nanti post dekat status, condemn rumah orang berbau la apa la," komen netizen.


