SERING dipergunakan dalam perkahwinan membuatkan wanita ini tampil memberi amaran kepada kaum Hawa agar lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.
Berkongsi pengalaman hidup tentang suami yang gemar mengambil kesempatan, dia berharap golongan wanita tidak mengulangi kesilapan yang dilakukannya.
"Wahai perempuan, aku nak pesan benda penting... kalau ada kereta dan rumah jangan downgrade (diri) berkahwin dengan lelaki yang tiada apa-apa harta.

Suami tidak berhak menggunakan wang milik isteri. -Gambar hiasan
"Nanti dia ambil kesempatan. Pastikan tahu level (sendiri) dan jangan jadi macam aku," ujarnya di Thread.
Menurut wanita ini, dia hanya menyedari dipergunakan suami selepas lelaki itu sering menggunakan hartanya untuk kepentingan diri sendiri.
Malah dakwanya, dia juga tidak diberikan nafkah wajib seperti tempat tinggal kerana tinggal di rumah sendiri yang dibeli sebelum berkahwin.
ARTIKEL BERKAITAN: 24 jam jaga mentua terlantar, suami nak termuntah badan isteri bau orang sakit- "Sedangkan itu mak dia"
ARTIKEL BERKAITAN: Suami buat ‘fatwa’ sendiri, izin isteri kerja tapi kaut semua duit gaji... Siap pegang kad bank, kena minta kalau nak guna
"Akhirnya suami aku kahwin dengan aku demi kesenangan dia je.
"Duduk rumah aku, lanyak kereta aku buat e-hailing tanpa bayar.
- Wanita tampil beri amaran selepas sedar sering dipergunakan suami.
- Dakwa suami guna rumah dan kereta miliknya tanpa tanggungjawab.
- Tidak diberi nafkah tempat tinggal kerana tinggal di rumah sendiri.
- Akui suami berkahwin demi kesenangan dan enggan bayar apa-apa.
- Netizen setuju penting cari pasangan sekufu dan tidak ambil kesempatan.
"Kalau macam ni biar hidup sendiri daripada kahwin dengan lelaki miskin... Lelaki macam ini jenis ambil kesempatan sahaja," tambahnya seolah-olah kesal dengan perkahwinan yang dibina.
Peringatannya itu membuatkan warga maya tampil dengan pelbagai reaksi bercampur baur.

Segelintir warga maya berkongsi pengalaman hampir sama.
"Jangan kahwini lelaki yang pendapatan rendah daripada perempuan sebab nanti dia akan ambil kesempatan... bukan semua tapi ramai macam ni.
"Pernah kena juga, kita ni konon terima seadanya dan anggap dia akan berubah apabila ada peluang. Tapi suruh bayar bil api air pun berkira.
"Pentingnya cari yang sekufu, bukan daripada segi harta dan tahap pendidikan je tapi mentaliti juga," demikian reaksi netizen.


