SELAIN keenakan makanan yang menjadi faktor utama bagi menarik pelanggan, peniaga pasti mempunyai cara tersendiri untuk memikat hati pembeli.
Sebagai contoh, layanan mesra dan sikap tidak berkira sudah cukup untuk membuatkan pelanggan berasa gembira, seterusnya memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Hantaran seorang wanita di laman Threads menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsi pengalaman berdepan dengan seorang peniaga nasi lemak yang disifatkannya agak kedekut.

Antara faktor penarik sesebuah kedai makan adalah keenakan hidangan serta sikap peniaga. -Gambar hiasan AI
"Jual nasi lemak, tapi kita cakap, kak nak sambal lebih. (Jawab) Kena extra seringgit eh.
"Kita ni datang sebab tengok tak ada orang beli. Aku kesiankan kau kak. Berpanas pukul 9 pagi pun jualan masih banyak lagi.
"Sekarang dah faham kenapa orang tak datang. Niaga jangan kedekut nasi dan sambal," tulisnya dalam perkongsian berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga sekolahkan pelanggan kedekut! Laksa Johor RM150 dicemuh ‘mahal’, anggap modal tak seberapa
ARTIKEL BERKAITAN: Perut nak makan sedap, sanggup pesan makanan jauh-jauh... Malangnya kedekut bayar caj penghantaran!
Wanita tersebut berpandangan, walaupun sesebuah gerai itu menjual makanan yang sedap, namun sikap berkira peniaga boleh menjejaskan imej perniagaan dan membuatkan pelanggan sukar singgah apatah lagi memberikan sokongan.
"Kalau berkira, memang tak ada orang datanglah ye. Tip ni pun saya dapat daripada orang jual makanan yang laku jualannya," tulisnya lagi.
Seorang wanita berkongsi pengalaman berdepan peniaga nasi lemak yang kedekut.
Wanita itu singgah membeli kerana kasihan melihat jualan peniaga yang belum habis terjual.
Dia meminta sambal lebih tetapi dikenakan caj RM1.
Baginya, sikap tersebut menjadi penyebab mengapa gerai nasi lemak berkenaan sepi.
Netizen menyokong pandangan wanita tersebut dan berpendapat, sikap berkira membuatkan pelanggan 'menjauh'.
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyokong pandangan wanita berkenaan kerana bagi mereka, rezeki akan bertambah jika peniaga tidak kedekut dan ikhlas.
Malah ada yang turut berkongsi pengalaman masing-masing berdepan dengan pelbagai ragam peniaga makanan.

Antara reaksi warga maya terhadap perkongsian wanita berkenaan.
"Kalau minta 'extra' sambal pun kena caj seringgit, memang tidaklah nak 'repeat' lagi. Sambal kalau 'portion' cukup, orang takkan minta 'extra'. Lainlah minta telur lebih, fahamlah juga.
"Kantin tempat saya kerja, kena suruh mereka kurangkan sambal sis sebab terlalu banyak mereka bagi.
"Saya pernah kerja dengan orang kedekut. Semua benda dia nak berkira, nak timbang. Saya ikutkan je tapi tiap kali 'customer' bising, saya yang kena hadap," antara komen netizen.


