Ada segelintir ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka aktif dalam bidang sukan kerana bimbang akan menjejaskan pelajaran. -Gambar hiasan AI
SETIAP ibu bapa mempunyai pendekatan tersendiri dalam mencorakkan masa depan anak-anak.Namun pandangan seorang individu yang 'mengharamkan' anaknya menyertai sebarang pertandingan sukan di sekolah mengundang perdebatan hangat dalam kalangan warga maya. Menerusi satu perkongsian di Threads, individu berkenaan berkata dia mahu anaknya memberi sepenuh tumpuan kepada akademik dan menganggap penglibatan dalam sukan hanya akan menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran. ARTIKEL BERKAITAN: Murid Tahun Satu kerap ponteng sekolah, bapa bagi alasan anak demam... Air mata guru gugur dapat tahu punca sebenar!ARTIKEL BERKAITAN: Dari SBP hingga sambung belajar ‘oversea’, ada je benda nak perlekeh... Wanita sedih pencapaian tak pernah dibangga mak ayah"Aku akan haramkan anak aku join apa-apa pertandingan yang melibatkan sukan dekat sekolah."Aku nak dia fokus akademik je sebab kalau aktif sukan ni kena selalu escape class untuk latihan. Last-last tertinggal banyak topik. "Biarlah anak aku kaki bangku ke apa janji tak bodoh akademik," tulisnya dalam hantaran berkenaan.Individu itu turut membandingkan pencapaian beberapa rakannya yang pernah aktif dalam sukan ketika zaman persekolahan, yang kini hanya bekerja di kilang atau sebagai penghantar makanan.Pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan sukan menjadi nilai tambah bagi seseorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. -Gambar hiasan AI"Bayangkan kalau join sukan, dah lah kalah, lepas tu ilmu makin sikit."Member aku yang aktif sukan time sekolah dulu semuanya kerja kilang dan food delivery. "Ada lah sorang dua masuk kerajaan gred N1 gaji pokok RM1,400," dakwanya lagi.Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang kecaman daripada kebanyakan warga maya yang menyifatkan pandangan itu terlalu dangkal dan tidak menggambarkan realiti sebenar.Seorang individu 'haramkan' anaknya sertai sebarang pertandingan sukan di sekolah.Dia mendakwa pertandingan sukan hanya akan membuatkan seseorang pelajar ketinggalan dalam bidang akademik.Ujarnya, dia mahu anaknya memberi sepenuh tumpuan kepada pelajaran dan tak kisah jika digelar kaki bangku.Individu itu turut bandingkan pencapaian beberapa rakannya yang sebelum ini aktif bersukan.Netizen mengecam individu tersebut dan menyifatkan pandangannya dangkal.Ringkasan ini dijana oleh AIRamai berpendapat penglibatan dalam sukan bukan sahaja membantu membentuk disiplin, keyakinan diri dan semangat berpasukan, malah mampu membuka peluang melanjutkan pelajaran melalui biasiswa serta mencipta kerjaya yang berjaya."Kalau macam tu, anak-anak awak nanti akan kurang kemahiran berkomunikasi, kurang produktif dan lembik. Lagilah sukar apabila dewasa, lebih-lebih lagi jika anak lelaki."Nanti pelik kenapa anak tak diterima masuk universiti. Budak sekarang terlalu ramai pandai, penglibatan dalam ko-kurikulum pun akan diambil kira."Nak masuk universiti bukan merit akademik semata-mata. Nanti esok tak dapat tempat dan biasiswa, kau melolong pula salahkan sistem," demikian antara sebahagian komen netizen.