SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila makanan yang ditempah menerusi aplikasi e-dagang diletakkan di tempat buangan sampah oleh penghantar makanan (rider).Berkongsi insiden yang dialami itu, ujarnya, tempahan dibuat sekitar pukul 8 malam sejurus dia dan suami tiba di rumah. "Sampai rumah dekat pukul 8 malam, suami lapar dan terus order nasi sebungkus untuk berkongsi berdua sebab nak jimat," luahnya di Threads.Pada masa sama suaminya turut menitipkan mesej pada rider terbabit supaya meletakkan makanan di atas tembok sekiranya telah tiba di rumah.Makanan yang dipesannya diletakkan di tempat sampah oleh penghantar makanan terbabit.Namun malangnya, penghantar makanan terbabit bukan sahaja mengabaikan mesej diberikan malah meletakkan makanan di tempat tidak sepatutnya.Mengadu nasib mengenainya, makanan tersebut hanya diketahui telah dihantar selepas dia melihat gambar dikongsikan."Lepas dapat rider tu, (suami) terus tinggalkan mesej dan bergegas bersihkan diri semua untuk solat Maghrib. Selesai je, suami cakap yang dia terdengar bunyi motosikal tapi tak ada bunyi hon atau bagi salam.ARTIKEL BERKAITAN: Rider bangga kerja 'main-main' pun raih lebih RM4,000 sebulan, anggap lebih untung daripada orang makan gajiARTIKEL BERKAITAN: “Lepas hulur, hati aku rasa rugi” - Kisah penghantar makanan beri RM10 pada budak Rohingya jentik hati ramai"Jadi aku jenguk ke luar rumah, tengok atas tembok kosong je, cek telefon tengok gambar rider hantar... berderau darah tengok gambar, menggigil aku keluar ambil makanan.Mana tidaknya, bagi rider berkenaan makanan tersebut tidak tercemar meskipun diletakkan di dalam tempat sampah kerana telah dibungkus dengan plastik."Penat-penat orang kedai sediakan makanan, bungkus elok-elok tapi diletaknya di tempat sampah, sampai hati," luahnya dalam nada sedih dan kecewa.Cuba mendapatkan penjelasan daripada penghantar makanan berkenaan, dia bagaimanapun kecewa apabila individu tersebut seolah-olah tidak rasa bersalah dengan tindakan dilakukan.Wanita kecewa makanan diletakkan di tempat buangan sampah oleh rider.Arahan letak di atas tembok didakwa tidak diendahkan.Pesanan hanya disedari selepas melihat gambar bukti penghantaran.Rider didakwa enggan mengaku salah sebelum menamatkan panggilan.Netizen menggesa wanita itu membuat aduan terhadap penghantar makanan berkenaan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Rider tu cakap makan je la, makan je la, kan dalam plastik tu. Aku pun terus naik suara marah dia dan persoalkan kenapa letak dalam tempat sampah."Aku cakap kalau tak boleh letak atas, kenapa tak mesej, tak call, tapi dia terus end call," adunya lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya turut mengakui tindakan meletakkan makanan di atas tong sampah sebagai tidak wajar.Setiap pekerjaan perlu dilakukan dengan amanah. -Gambar hiasanTidak kurang juga yang berharap tindakan tegas diambil terhadap penghantar makanan tersebut yang dilihat tidak mempunyai budi bahasa."Akak sila buat aduan, sebab inilah penghantar makanan lain kena tempias, biar kurang satu yang kurang ajar ni."Mustahil tak tahu tu tempat letak sampah, dengan keadaan ruang kotor macam tu, tak boleh fikir ke?"Pernah kena juga jenis jahat macam ni, padahal saya dah bagitahu," demikian reaksi netizen.