SIKAP toleransi menjadi asas penting dalam mewujudkan suasana kejiranan yang aman dan harmoni.Namun menurut seorang wanita, dia berdepan cabaran apabila hidup berjiran dengan warga emas yang tidak bertimbang rasa. "Macam mana cara paling sopan nak tegur jiran? Seorang pakcik berusia yang suka bakar sampah tengah hari?Pakaian akan berbau busuk jika terkena asap. -Gambar hiasan AI"Kita kerja hari minggu. Hari cuti je ada masa nak basuh baju, jemur bawah mentari."Waktu itu juga dia nak bakar sampah. Baju dah berbau asap," ujar wanita itu.Dakwa pengadu lagi, ia bukanlah kejadian pertama, sebaliknya sudah acap kali berlaku sebelum ini.Wanita dakwa jirannya suka bakar sampah waktu tengah hari.Jirannya merupakan seorang lelaki yang sudah berusia.Wanita itu kesal baju jemurannya terkena asap.Dia juga kecewa kerana kejadian itu sudah beberapa kali berlaku.Ringkasan ini dijana oleh AI"Baju dia selamat sebab jemur di bahagian lain. Kalau tak, saya jamin isteri dia pun akan bising."Dah banyak kali terjadi. Nak tegur risau orang tua kecil hati," luah wanita itu lagi.Rata-rata pelayar Threads meluahkan rasa simpati terhadap wanita itu yang terpaksa berjiran dengan individu sedemikian.ARTIKEL BERKAITAN: Bengang jiran suka mengintai dan pengotor, lelaki ini bina tembok tinggi... Niat elak pergaduhan akhirnya ‘makan diri’ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati bising waktu malam, jiran sebelah terpacak depan rumah bawa pedang samurai kena ‘angkut’ polis - “Samseng tahi kucing”"Dulu mak saya jemur kain, jiran bakar sampah tepi rumah. Jadi mak saya ambil getah paip, dia siram je kawasan bakar sampah tu."Saya pernah tegur jiran, dia pun orang tua. Sampai sekarang bermasam muka."Samalah jiran saya. Berpendidikan tapi bakar sampah sampai asap masuk rumah saya," tulis netizen.