KEHIDUPAN berjiran tidak selalu harmoni, lebih-lebih lagi apabila timbul salah faham atau konflik berlarutan sehingga tercetus pergaduhan. Seorang lelaki berkongsi pengalaman berdepan jiran yang didakwa gemar menunjukkan sikap samseng sehingga pernah mengugutnya dan rakan serumah menggunakan pedang samurai. Menurutnya, tindakan itu disebabkan jirannya mendakwa mereka membuat bising ketika duduk berbual di luar rumah pada waktu malam."Jiran sebelah pernah sound suruh diam padahal kami tak bising pun. Berbual itu ya, tapi bising tidak.Perbuatan mengugut menggunakan senjata adalah satu kesalahan jenayah yang boleh didakwa di mahkamah bawah undang-undang. Gambar hiasan AI"Ada satu malam dia ugut bawa pedang samurai. Cuak la kami. Tengah 'ribut' depan rumah entah macam mana URB (Unit Rondaan Bermotosikal) buat rondaan. "Kelam kabut dia lari masuk rumah. Polis panggil dia keluar dan akhirnya kantoi juga simpan senjata walaupun dia nafikan," cerita lelaki berkenaan.Ceritanya lagi, pada awalnya lelaki itu tidak mengaku menyimpan pedang samurai namun selepas disiasat pihak berkuasa menjumpai alatan tersebut yang disorok di atas siling tandas."Lepas kena angkut, drama la sekejap famili dia. Bukan salah kami. Lama juga dia tak balik rumah.ARTIKEL BERKAITAN: Anak masuk ICU, seorang lagi batuk gara-gara asap! Jiran kuat merokok naik angin bila ditegurARTIKEL BERKAITAN: “Dengar perempuan tu kena seret!” - Jeritan jiran sebelah amat menyeramkan, sekuat hati mangsa rayu minta tolong"Selang beberapa minggu dia balik dan sampai kami habis belajar dia tak bercakap dengan kami. Ini la contoh Melayu samseng tahi kucing," kongsinya.Perkongsian itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen yang berpendapat kedua-dua pihak bersalah dan sepatutnya menjernihkan keadaan dengan cara berbeza."Saya rasa kamu dan abang tersebut semua bersalah. Pada kamu mungkin rasa tak bising tapi pada pihak abang itu mungkin kedengaran bising lagi-lagi waktu malam.Jiran ugut bawa pedang samurai, kantoi bila polis datang ronda.Tegur sebab didakwa bising, jiran akhirnya ditahan polis.Pedang samurai disorok di siling tandas sebelum ditemui polis.Pengadu dakwa jiran bersungguh-sungguh mahu tunjuk imej gangster.Netizen anggap kedua-dua pihak ada silap masing-masing.Ringkasan ini dijana oleh AI"Abang itu pula salah sebab tak tegur dengan berhemah. Marah-marah siap bawa senjata bukan penyelesaian terbaik," komen seorang individu pada hantaran berkenaan.Menjawab komen tersebut, pengadu menegaskan mereka hanya berbual secara normal, selain mendakwa jiran berkenaan memang gemar menunjukkan imej gangster sejak mereka berpindah. "Tak bising pun sebenarnya. Berbual biasa sambil duduk-duduk hisap rokok, minum kopi. Cuma brader itu dari mula pindah memang jenis nak tunjuk gangster."Bila kita tak layan, dia sakit hati. Malam dia bawa keluar samurai itu pun sebenarnya masing-masing ada depan rumah, tak ada siapa lari pun," jelasnya menjawab salah satu komen.