suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Prestasi merosot selepas 6 tahun bekerja, majikan lega staf pilih berhenti... Anggap Allah tunjuk jalan terbaik

Seorang majikan yang baik akan menghargai usaha pekerjanya. -Gambar hiasan AI

SEORANG majikan meluahkan rasa lega apabila salah seorang kakitangannya menghantar surat berhenti kerja selepas enam tahun berkhidmat.

Jelasnya, dia sebelum ini berasa serba salah untuk menegur sikap pekerjanya itu yang didakwa prestasinya semakin merosot walaupun dibayar gaji RM5,800 sebulan.

Menurutnya, perniagaan yang semakin berkembang memerlukan idea serta pendekatan baharu, namun pekerja terbabit didakwa gagal menyesuaikan diri dengan perubahan diperlukan.

"Mungkin sebab sudah terlalu senior atau mungkin cara kerja dia lebih sesuai dengan zaman dulu menyebabkan prestasi dia semakin menurun.

Setiap pekerja perlu meningkatkan mutu kerja dalam sesebuah syarikat. -Gambar hiasan AI

"Sedangkan bisnes pula semakin berkembang dan aku perlukan idea-idea baharu. Tenaga baharu dan cara fikir yang lebih mantap," jelasnya di Threads.

Majikan itu bagaimanapun mengakui kesilapan turut berpunca daripadanya kerana tidak menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan jangkaan kerja yang lebih jelas sejak awal.

Namun menurut majikan itu, dia lega apabila pekerja berkenaan memaklumkan menerima tawaran pekerjaan lain dengan gaji lebih baik.

"Nak tegur berat hati, nak buang lagi la berat. Jadi aku teruskan bertahan walaupun dalam hati dah tahu perubahan memang perlu dibuat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bos tak bagi WFH jaga anak demam, pekerja ‘pulang paku buah keras’ selepas diminta siapkan kerja waktu cuti

ARTIKEL BERKAITAN: Macam hamba abdi! Pekerja asing kena ‘sesah’ 16 jam sehari tanpa cuti, tidur belakang stor - “Dia pun manusia ada perasaan”

"Tapi satu hari dia datang beritahu yang dia dapat tawaran kerja dengan gaji lebih baik. Anda semua tahu aku rasa apa? Rasa lega.

"Allah tunjuk jalan yang dua-dua pihak tak rasa hati terluka," ceritanya lagi dalam luahan dibuat itu.

Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mempertikaikan kenyataan majikan berkenaan.

"Maknanya nilai dia lebih besar daripada RM5,800. Aku rasa majikan yang demand macam-macam ni selalu akan dapat pekerja yang tahi (teruk).

  • Majikan dakwa prestasi staf merosot selepas enam tahun bekerja.
  • Perniagaan berkembang, namun pekerja sukar sesuaikan diri dengan perubahan.
  • Majikan akui tidak menetapkan KPI yang jelas sejak awal.
  • Dia lega apabila staf menerima tawaran kerja lain.
  • Luahan itu mengundang kritikan dan perdebatan netizen.

"Betul la tu, dah enam tahun majikan simpan. Tiba-tiba dia yang nak buang orang tu. Kalau nak perubahan, bagitahu la staf tu nak apa," kata beberapa netizen.

Menjawab kritikan tersebut, majikan berkenaan menegaskan bahawa dia sudah beberapa kali memberi galakan kepada pekerjanya untuk meningkatkan kemahiran namun usaha itu tidak membuahkan hasil.

"Saya dah bagitahu sebenarnya suruh study content (kandungan) dan lain-lain, tapi tak berhasil.

"Kalau syarikat dia bekerja tak bagus, dia tak akan bertahan enam tahun. Pengganti dia pun dah nak masuk dua tahun. Baguslah dia move on, aku tak halang dia berkembang maju," katanya.

Artikel Lain