suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami marah isteri, anggap penyibuk gara-gara persoal sambung bayar kereta adik ipar... Padahal bil elektrik pun asyik tertunggak!

Isteri sering bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan keluarga. -Gambar hiasan AI

DALAM sesebuah institusi rumah tangga, golongan isteri sering kali dianggap sebagai 'menteri kewangan' yang bertanggungjawab memikirkan soal perbelanjaan dapur, komitmen bulanan dan masa depan keluarga.

Justeru, tidak menghairankan apabila ada isteri berasa tertekan dan jauh hati apabila usaha murni mereka mengurus kewangan disalah tafsir sebagai tindakan menjaga tepi kain orang lain.

Di Thread, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila nasihat yang dititipkan disifatkan sebagai penghalang untuk suaminya membantu adik kandung.

"Salah ke aku sebagai isteri menasihatkan suami? Aku ni suri rumah, suami yang bayar semua komitmen dengan gaji sekitar RM4,000.

Masalah kewangan boleh berlaku jika tidak diuruskan dengan betul. -Gambar hiasan AI

Masalah kewangan boleh berlaku jika tidak diuruskan dengan betul. -Gambar hiasan AI

"Tapi dalam keadaan ekonomi sekarang dan hutang kereta serta rumah sewa, utiliti lagi... tiba-tiba dia bawa balik kereta adik dia untuk sambung bayar," luahnya yang terkilan dengan tindakan melulu suami untuk membantu keluarga.

Menurut wanita ini, adik iparnya baru sahaja kehilangan pekerjaan selepas mengeluarkan kereta beberapa bulan lalu.

Situasi yang berlaku itu membuatkan ibu mentua meminta supaya suaminya membantu dengan menyambung bayaran bulanan kenderaan tersebut yang dianggarkan lebih RM700 sebulan.

"Aku nasihatkan dia tak payah sebab bil elektrik pun kadang-kadang tertunggak tapi dia tanya kenapa aku sibuk hal keluarga dia.

  • Isteri kecewa nasihat kewangan dianggap campur tangan.
  • Suami diminta sambung bayar kereta adik lebih RM700 sebulan.
  • Keluarga sendiri turut bergelut dengan komitmen dan bil tertunggak.
  • Bimbang masa depan kerana masih ada dua anak untuk dibesarkan.
  • Netizen kata bantu keluarga boleh, tetapi ikut kemampuan.

"Salah ke aku nasihatkan demi masa depan sebab kereta tu ada lapan tahun lagi nak bayar," tambahnya yang bimbang tentang urusan kewangan berikutan mempunyai dua cahaya mata.

Mengakui dia cukup memahami tahap kewangan suaminya itu, wanita ini turut menyatakan dia tidak pernah meminta duit mahupun hadiah daripada lelaki tersebut.

Malah katanya, sepanjang tempoh perkahwinan, dia tidak mempunyai seutas gelang emas yang dibelikan suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaman belajar korban biasiswa, masa kerja wajib serah RM2,000 sara keluarga... Anak sulung luah makin lelah - “Semua sebab ayah aku!”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami berkeras belanja keluarga makan walau tinggal RM300, siap beli mainan untuk adik ipar! Isteri serba salah duit berbaki RM40 - “Doakan rezeki dia ya”

Perkongsian jujur itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Rata-rata netizen berpendapat amalan membantu ahli keluarga tidak salah, namun ia wajib dilakukan mengikut acuan kemampuan diri sendiri tanpa mengabaikan kebajikan pasangan serta anak-anak di rumah.

"Pergi tukar nama kereta dulu kalau mahu sambung bayar, baru berbaloi.

"Jadikan kereta sewa, ada duit masuk untuk bayar bulan-bulan.

"Selagi dia tak potong perbelanjaan rumah, biarkanlah dia yang sakit kepala fikir nak bayar bil setiap bulan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain