RASA serba salah menyelubungi hati seorang isteri apabila suaminya tetap berkeras mahu membawa keluarga keluar makan meskipun wang yang tinggal ketika itu hanya sekitar RM300.Kisah bermula apabila suaminya mengajak keluarganya menikmati makan malam walaupun wanita ini bimbang memikirkan baki wang yang tinggal untuk meneruskan kehidupan sehingga pertengahan bulan. Tidak habis dengan itu, suaminya turut singgah di kedai serbaneka untuk membeli mainan buat anak-anak serta adik iparnya menggunakan baki duit tersebut."Suami cakap jom la belanja famili makan, belanja sekitar RM170 macam tu. Saya tanya suami, tak apa ke? Dia cakap tak apa bukan selalu.Seorang lelaki yang baik pastinya akan berusaha untuk membahagiakan keluarga sendiri. -Gambar hiasan AI"Lepas balik, singgah kedai belikan mainan sebab dekat rumah saya televisyen rosak dan mereka (keluarga pengadu) dekat rumah... saya tak bagi main telefon."Jadi suami belanja la anak-anak mainan sekali dengan adik-adik saya. Saya tengok suami relaks (tenang) je tapi saya yang serba salah dan risau," ceritanya.Ketika masih bekerja sebelum ini, dia dan suami akan sama-sama mengeluarkan wang sekiranya perbelanjaan bulanan tidak mencukupi.Namun kini, dia mengakui berasa gusar apabila wang yang ada semakin berkurangan sehingga mereka hanya berbaki sekitar RM40 sahaja sementara menunggu 15 haribulan, sebelum menerima gaji berikutnya.ARTIKEL BERKAITAN: Selalu belanja keluarga suami, tapi tak selesa mentua suka tanya gaji, bonus! Tak pernah beritahu sesiapa walau famili sendiriARTIKEL BERKAITAN: Disangka poket tebal, mentua asyik bagi ‘link’ TikTok lokasi bercuti... Teringin nak suruh anak menantu belanja makan angin"Nasib la ada dapat duit bantuan kerajaan secara bulanan. Bolehlah buat belanja beli pampers, susu dan barang dapur sikit. Mujur la bulan lepas sudah beli barang dapur untuk satu bulan."Kadang macam ada rasa nak kerja balik tapi fikir anak-anak nak kena hantar mengasuh macam sebelum ini. Memang tak ada masa langsung dengan anak-anak. Duit mengasuh lagi," luahnya lagi.Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen apabila rata-ratanya memahami situasi wanita berkenaan serta memuji sikap suaminya yang tidak berkira dalam membahagiakan keluarga."Saya faham situasi awak. Awak isteri yang baik. Suami awak juga suami yang baik. Jangan berhenti doakan rezeki dia ya. Rezeki awak dan juga anak-anak.Suami tetap belanja makan walau duit tinggal RM300, isteri risau baki cuma RM40.Isteri serba salah apabila suami ajak makan dan beli mainan untuk anak-anak.Walaupun kewangan sempit, suami tetap utamakan kebahagiaan keluarga kecil mereka.Pernah bekerja, wanita ini pilih berhenti demi masa lebih berkualiti bersama anak-anak.Netizen tersentuh melihat suami yang tidak berkira demi anak isteri tercinta.Ringkasan ini dijana oleh AI"Seronok bila ada suami tak pernah berkira kan. Malah selalu belanja lebih untuk kita sekeluarga. Suami saya pun macam tu. Kita pula risau tak cukup sampai hujung bulan," komen-komen beberapa netizen.Membalas salah satu komen netizen, wanita itu menjelaskan bahawa ketika masih bekerja sebelum ini, dia berasa kehidupannya lebih serabut meskipun kedua-duanya mencari rezeki."Dulu saya kerja kedai makan. Pagi, tengah hari lepas tu sambung tengah hari sampai malam. Kemudian, sendiri emosi dengan kepenatan bekerja jaga anak-anak lagi."Anak-anak jadi mangsa keadaan. Lepas je berhenti kerja, baru saya rasa lancar je. Walaupun dari segi kewangan kurang tapi masa dengan anak-anak dan suami, rumah rapi... rasa tenang," jelasnya.