BENARLAH kekayaan tidak menjamin kebahagiaan malah ia boleh menguasai diri dan sentiasa berasa tidak pernah cukup.Itu dialami seorang wanita yang berasa terbeban dengan kekayaan ibu bapanya yang disifatkan lebih banyak mendatangkan masalah daripada kesenangan. Ceritanya, konflik bermula apabila ibu bapanya sering bertengkar tentang tentang duit selepas mereka menerima wang pusaka mencecah RM1 juta.Bukan itu sahaja, ibunya turut memiliki duit caruman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah ratusan ribu ringgit.Sokongan keluarga penting bagi membantu mengatasi masalah kesihatan mental. -Gambar hiasan AI"Adil tak untuk anak, umur dah 29 tahun tapi tersekat dalam kemelut masalah kewangan keluarga?"Sejujurnya penat . Bayangkan mak dapat warisan hampir RM1 juta, ayah pun sama tapi tiap-tiap bulan bergaduh fasal duit," luahnya di Threads.Ceritanya lagi, disebabkan duit juga ibu bapanya bercerai namun sikap boros mereka berdua tetap tidak berubah.Dia yang merupakan anak sulung turut memberitahu ibu bapanya juga 'ligat' turun naik mahkamah bagi tuntutan nafkah.Wanita 29 tahun tertekan walau ibu bapa bergelar jutawan.Dakwa mak ayah dapat warisan besar, KWSP ratusan ribu tapi sering bergaduh.Ibu boros, ayah gagal urus bisnes hingga duit susut.Konflik nafkah berlarutan, adik turut terkesan termasuk jadi mangsa rogol.Netizen nasihat keluar dari rumah, bina hidup sendiri jauh dari keluarga.Ringkasan ini dijana oleh AI"Mak ayah pun dah bercerai cumanya mak suka habiskan duit dekat lelaki. Ayah pula suka buat bisnes tapi nak melobi dan akhirnya duit habis macam itu je," luahnya lagi.Apa yang lebih menyedihkan, kemelut ini turut memberi kesan kepada adik bongsunya yang masih bersekolah.Dakwa wanita ini, adiknya telah menjadi mangsa rogol, namun ibunya seolah-olah cuba merahsiakan perkara tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Penat sampai terlepas marah pada anak... Wanita luah derita jadi ‘bibik’ sejak mentua menumpang di rumahARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak buat, kena libas!” - Anak sulung kongsi realiti sebenar beban miliki keluarga besar... Mak ayah paksa urus rumah tangga"Baru-baru ni saya dapat tahu yang adik bongsu kena rogol. Ibu tak nak saya tahu dia gagal lagi macam mana dia gagal besarkan saya dulu," katanya dalam nada kecewa.Di ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan kata-kata nasihat dengan memintanya untuk tinggal berjauhan seketika daripada keluarga."Keluarlah, bawa adik awak dan tinggal jauh dari mak ayah supaya boleh bina hidup baru."Urusan ibu bapa tak perlulah dicampur, mereka manusia biasa juga dan jangan berpihak pada mana-mana," demikian reaksi netizen.Kata-kata nasihat dari netizen.Dalam pada itu, Pakar Psikiatri dan Ketua Jabatan di Jabatan Psikiatri, Kulliyyah of Medicine, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Profesor Dr Ramli Musa berkata, ramai anak-anak yang menanggung kesan emosi akibat salah pembawakan keibubapaan.Oleh itu katanya, sebagai ibu bapa, penting untuk memeluk, memegang tangan, bercakap, bertanya khabar dengan anak-anak walaupun mereka sudah dewasa supaya dapat membentu hubungan emosi yang erat."Kematangan bukan diukur pada umur, tapi cara kita berfikir dan kemampuan mengawal emosi," katanya menerusi laman sesawang ramlimusa.com