suria

Dituduh punca rumah tangga berantakan, wanita buntu suami enggan cerai... Rupanya diam-diam ambil 8 pelan insurans atas nama isteri

Suami isteri perlu bersikap jujur bagi memastikan rumah tangga harmoni. -Gambar hiasan AI

TIADA pasangan yang berkahwin mahukan rumah tangga yang dibina berakhir dengan penceraian.

Namun bagi wanita ini, penceraian adalah jalan terbaik selepas sudah penat menjadi 'punching bag' sang suami selain dipersalahkan sebagai penyebab kepada krisis rumah tangga mereka.

Namun, di saat dia meluahkan hasrat untuk berpisah, suaminya tetap berkeras mahu meneruskan hubungan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, wanita itu mendakwa turut diugut dengan pelbagai perkara agar dia tidak memfailkan penceraian.

Konflik rumah tangga boleh mengakibat seseorang mengalami kemurungan. -Gambar hiasan AI

Konflik rumah tangga boleh mengakibat seseorang mengalami kemurungan. -Gambar hiasan AI

"Suami call dan hampir satu jam dia menyalahkan saya sepanjang enam tahun perkahwinan kami.

"Katanya saya tak pernah menyumbang apa-apa dan seorang yang tak tahu bersyukur. Saya rasa sangat terluka sebab itu menunjukkan bagaimana dia melihat saya.

"Selepas menyalahkan dan highlight semua kesalahan saya, akhirnya dia kata tak mahu bercerai dan ugut saya untuk teruskan perkahwinan," luahnya di Threads.

Sikap ditunjukkan lelaki itu membuatkan wanita ini diselubungi rasa keliru dan tertanya-tanya mengenai hala tuju perkahwinan mereka.

  • Wanita dakwa jadi sasaran kemarahan suami, dipersalahkan sepenuhnya.
  • Suami kritik hampir sejam, namun enggan bercerai.
  • Didakwa turut mengugut agar perkahwinan diteruskan.
  • Terkejut ada lapan pelan insurans atas namanya.
  • Netizen nasihat berhati-hati, semak penama polisi.

Bagaimanapun dia mendapat jawapan kepada keputusan suaminya itu apabila mendapati lelaki itu membeli lapan polisi insurans berbeza yang dibuat atas namanya.

"Sebelum ni, saya tahu hanya ada satu medical card untuk saya tapi rupanya ada lapan pelan insurans berbeza atas nama saya.

"Saya tak tahu nak rasa macam mana, patut gembira sebab dia nak protect saya atau risau kalau apa-apa terjadi dia yang akan dapat semua pampasan itu," luahnya.

Nekad meneruskan proses penceraian, dia bagaimanapun bimbang apabila keluarga mentuanya mula campur tangan dalam konflik rumah tangga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dahlah pemalas, kaki pukul pula! Suami ‘biawak hidup’ ugut sebar video intim, guna taktik kotor enggan cerai

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya geram sebab dia tidur” - Lelaki cerita punca cerai isteri, tetap lafaz talak tiga walau hanya sekali tak masak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatinya supaya lebih berhati-hati dan menyarankan agar dia menyemak semula penama bagi setiap polisi insurans berkenaan.

"Lepas ini rakam setiap panggilan telefon dan mesej dengan suami.

"Narsisistik ini sebab dia bukan nak berbincang atau berubah tapi menyalahkan pasangan.

"Lapan insurans itu sangat pelik ya, jadi berhati-hati," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain