suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri ‘naik hantu’ suami nak motosikal ketiga RM10,000! Tak izin beli perabot, suruh berjimat - “Rumah ni tiada sofa tau”

Peminat motosikal sanggup berbelanja besar demi hobi mereka. -Gambar hiasan AI

SEGELINTIR lelaki sanggup berbelanja besar demi memiliki motosikal idaman mereka.

Minat terhadap hobi itu bukanlah satu kesalahan, namun ia perlu diseimbangkan dengan kemampuan kewangan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Menurut seorang wanita, dia kesal apabila sering disuruh berjimat, namun suaminya pula sanggup menghabiskan duit membeli motosikal baharu.

Masalah kewangan boleh menjadi punca pergaduhan suami isteri. -Gambar hiasan AI

"Patut ke saya terasa dengan suami? Di rumah sudah ada dua buah motosikal. Suami saya nak beli motosikal ketiga, harga RM10,000.

"Dia ada tanya tapi saya tak bagi. Sampai tiga buah motosikal di rumah, nak buat apa? Motosikal tu dia seorang saja yang guna.

"Membazir RM10,000. Apabila saya nak shopping apa-apa, dia sering pesan supaya jimat sikit. Dia dah berjanji dengan seller motosikal tu," luahnya.

  • Wanita buat luahan tentang suaminya yang mahu membeli motosikal baharu.
  • Suaminya meluahkan hasrat itu walaupun sudah memiliki dua motosikal di rumah.
  • Wanita itu kesal kerana suaminya rela berbelanja RM10,000 untuk motosikal.
  • Dia lebih kesal kerana kerap disuruh berjimat cermat dalam perbelanjaan sebelum ini.

Menerusi hantaran di Threads, wanita itu turut mempersoalkan tanggungjawab suaminya yang sepatutnya menyediakan kehidupan selesa buatnya.

"Dulu sebelum kahwin, mak ayah tak pernah suruh saya berjimat. Suami sepatutnya sediakan segalanya, tapi sekarang dia suruh saya berjimat... geram.

"Saya rancang nak beli sofa, bayar ansuran secara bulanan. Minta duit beli sofa harga bawah RM1,000 pun dia kata mahal. Rumah ni tiada sofa tau," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kedekut bising susu kotak cepat habis, terus terdiam isteri bagi ‘sedas’ depan muka - “Minum setitik je ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Moga Tuhan sempitkan rezeki” - Ramai geram sikap suami kedekut... Duit belanja dapur hanya RM300, ibu sendiri dapat sampai empat angka!

Di ruangan komen, ramai kaum Hawa menyatakan sokongan buat wanita itu dan meminta agar dia bertegas mempertahankan haknya sebagai isteri.

"Cakap kat suami, bagi isteri duit, nanti makin kaya. Kalau bagi dekat diri sendiri, nanti makin miskin.

"Memang patut awak terasa. Dia tak patut cakap ayat macam tu sebab dia pun tak berjimat," tulis netizen.

Artikel Lain