suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia bongkar tong sampah tengok pad” - Gadis luah rasa jijik ibu catu tuala wanita, dilarang tukar selagi tak penuh darah!

Memang wujud segelintir ibu yang pilih kasih dalam melayan anak-anak. -Gambar hiasan AI

ANAK yang membesar tanpa kasih sayang ibu bapa pastinya tidak akan melupai setiap pengalaman pahit yang terpaksa dilalui mereka sewaktu zaman kanak-kanak.

Menurut seorang gadis, dia juga membesar dalam suasana cukup menyedihkan kerana ibunya sangat kedekut sehingga dia perlu berjimat untuk menggunakan tuala wanita.

"Masa mula datang haid umur 12 tahun, mak garang sangat dan lokek. Dia tak bagi saya pakai tuala wanita. Dia tak bagi tukar banyak kali.

Anak-anak boleh berdepan trauma jika mereka membesar dalam persekitaran toksik. -Gambar hiasan AI

"Pad kena betul-betul penuh. Tak boleh ada bahagian yang belum kena darah. Dia bongkar tong sampah untuk tengok pad

"Benda ni berlarutan selama setahun sampai bahagian 'bawah' saya kena jangkitan. Sejak itu, saya kumpul duit beli pad sendiri," dakwanya menerusi luahan di media sosial.

Tidak cukup dengan hal itu, gadis tersebut mendakwa dia juga menerima layanan tidak adil dan sering diherdik oleh ibunya.

  • Gadis kongsi kisah di Threads tentang ibunya yang sangat kedekut.
  • Dia mendakwa 'dicatu' penggunaan tuala wanita ketika datang bulan.
  • Dia juga sering dimalukan oleh ibunya di hadapan adik beradik lelaki.
  • Ramai netizen luah rasa simpati terhadap nasih gadis itu.

"Dia malukan saya depan abang-abang. Dia kata dia sendiri tak pernah kena jangkitan. Masa buah dada saya membesar, dia malukan saya depan abang-abang juga.

"Dia kata buah dada nak tumbuh tapi perangai macam budak-budak. Hari-hari saya kena buat kerja rumah teruk macam orang gaji.

"Dia juga maki saya kalau buat salah. Kebanyakannya gangguan seksual secara verbal. Antaranya, suruh saya jadi pelacur," dakwanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kedekut bising susu kotak cepat habis, terus terdiam isteri bagi ‘sedas’ depan muka - “Minum setitik je ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dilabel kedekut tak izin kawan sekolah pinjam BMW 3 Series bawa balik kampung - “Kau tiada anak sebab tu susah faham!”

Perkongsian di aplikasi Threads itu turut menerima pelbagai komen netizen yang rata-ratanya simpati dengan nasibnya.

"Kamu tak bersendirian. Saya juga berdepan situasi sama. Tak diberi baju dalam, hanya pakai singlet ketika buah dada membesar.

"Dalam banyak-banyak pembuli, aku rasa pembuli paling teruk adalah mak yang seksa mental anak perempuan.

"Tak apa. Apabila tiba masanya, mak awak akan pakai lampin balik. Masa tu, awak tukar la sehari sekali," tulis netizen.

Artikel Lain