suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia tak rasa apa-apa... kosong” - Remuk hati seorang anak di Tanah Suci, ibu luah ayat ‘bisa’ masa tengah saie

Sikap pilih kasih seorang ibu pasti menggores hati dan perasaan si anak. -Gambar hiasan AI

HASRAT murni membawa ibu menunaikan umrah akhirnya tercapai, namun pengalaman di Tanah Suci bertukar menjadi memori paling pahit buat seorang jemaah selepas mendengar luahan tidak disangka-sangka daripada wanita yang cukup disayanginya itu.

Menerusi perkongsian penuh emosi di Threads, dia mendedahkan insiden yang meninggalkan luka mendalam di sudut hatinya itu berlaku ketika mereka berdua sedang melakukan ibadah saie antara Bukit Safa dan Marwah.

Menurut jemaah tersebut, dia tergamam apabila ibunya secara tiba-tiba meluahkan keinginan untuk kembali semula ke Makkah, tetapi bersama individu lain.

Kata-kata itu pantas merobek emosinya dan membuatkan dia berasa langsung tidak dihargai sebagai seorang anak.

Semua jemaah perlu menjaga tutur kata lebih-lebih lagi ketika menunaikan ibadah di Tanah Suci. -Gambar hiasan AI

"Sebagai anak, sudah tentu saya seronok dapat bawa emak buat umrah. Tapi ketika sedang saie, tiba-tiba emak cakap... nanti mak nak datang sini dengan orang yang mak nak datang. Saya terdiam.

"Masa tu terasa macam dah tak nampak jalan sebab mata jadi kabur. Sambil ulang-alik antara Safa dan Marwah, saya minta ampun kepada Allah kerana terasa hati dan sedih dengan ayat emak," luahnya dengan nada yang sangat sayu.

Tambahnya lagi, sepanjang melengkapkan ibadah tersebut, dia sedaya upaya cuba menahan sebak di dada namun gagal.

Air matanya mengalir tanpa henti mengenangkan nasib diri yang seolah-olah dipinggirkan dan dianggap bukan anak pilihan dalam keluarga.

"Saya minta ampun dengan Allah kerana air mata laju keluar walaupun cuba bertahan. Mungkin ini nasib seorang anak yang tiada tempat di hati emak walau di Tanah Suci sekali pun," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu kurang senang lihat jemaah 'on' Strava ketika tawaf Kaabah, lagi teruk sibuk pegang telefon buat 'live'

ARTIKEL BERKAITAN: “Kaki lemah, air mata gugur depan Kaabah” - Ramadan bawa wanita ini kembali kepada fitrah, tinggalkan dunia tomboi

Rupa-rupanya menurut pengadu, individu kegemaran yang dimaksudkan ibunya itu merupakan anak kesayangan wanita berkenaan hasil daripada perkongsian hidup dengan lelaki lain (adik-beradik tiri).

Apa yang lebih mengejutkan dan meremukkan lagi hatinya, ibunya turut membuat pengakuan jujur bahawa dia langsung tidak merasai sebarang getaran emosi atau keinsafan ketika pertama kali melihat Kaabah.

"Emak nak pergi dengan anak kesayangan dia. Paling saya terkejut, masa dalam bilik emak ada buat luahan. Pertama kali nampak Kaabah masa sampai di Makkah... hati dia tak ada rasa apa-apa, kosong," ceritanya lagi.

Pengalaman yang dikongsikan pengadu itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan keadaan dialami pengadu.

  • Bawa emak tunai umrah, anak terkilan dengar luahan tak disangka ketika saie di Makkah.
  • Kata-kata ibu di Tanah Suci buat anak sebak hingga mengalirkan air mata.
  • Ibu luah hasrat mahu kembali ke Makkah bersama anak kesayangan lain pada masa depan.
  • Pengadu turut terkejut apabila ibunya mengaku tidak rasa apa-apa ketika pertama kali melihat Kaabah.
  • Perkongsian itu meraih simpati netizen yang menasihatinya agar terus bersabar dan reda.

"Tak apa. Jangan pentingkan kedudukan kita di sisi manusia, hatta ibu bapa sendiri. Pentingkan kedudukan kita di sisi Allah sahaja.

"Nasihat ikhlas daripada saya, buat setakat mampu dan tak payah berlebih-lebihan. Hati saya rasa orang yang dia harap akan bawa dia ke umrah itu mungkin sekadar impiannya sahaja.

"Sabarlah. Kasih sayang tidak boleh dipaksa. Dalam keluarga memang ada anak kesayangan. Kadang-kadang ibu terlupa bahawa permata sebenar ada di depan mata. Semoga Allah mengubati luka yang dirasai," komen sebahagian netizen.

Artikel Lain