Tiada isteri yang mampu menerima hakikat suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain. -Gambar hiasan AI
PERKAHWINAN yang dibina atas dasar cinta dan kepercayaan pastinya diharapkan berkekalan hingga ke akhir hayat.Namun bagi seorang wanita, kebahagiaan yang dikecapi selepas bergelar isteri musnah sekelip mata selepas mengetahui suaminya berlaku curang ketika usia pernikahan mereka baru mencecah tiga bulan. Menerusi satu luahan di Threads, wanita itu mengakui dia kini berada dalam keadaan tertekan dan buntu untuk membuat keputusan mengenai masa depan rumah tangga yang baru dibina."Suami saya baru lepas kantoi curang dengan seorang pelajar fakulti kejuruteraan sebuah universiti. Saya dengan suami baru je kahwin hampir tiga bulan dan saya rasa sedih.Berlaku curang terhadap pasangan adalah pengkhianatan terbesar dalam sesebuah perkahwinan. -Gambar hiasan AI"Apabila saya fikir balik, cerai bukanlah satu keputusan terbaik sebab saya baru nikah dan reception bulan Julai ni."Entahlah, speechless dan rasa macam asyik salahkan diri," luahnya.Wanita yang tidak mendedahkan identiti itu berkata, pengalaman dicurangi bukanlah kali pertama dilaluinya kerana bekas teman lelaki juga pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak senang duduk, syak suami curang sebab tiba-tiba ‘clean shave’... Beri jawapan 'selamat' bila ditanyaARTIKEL BERKAITAN: Lepas ‘dicelup’ baru tahu rupanya terlanjur dengan suami orang... Penyondol menyesal tak semak latar belakangNamun ujarnya, ia menjadi pengalaman yang perit dan trauma apabila ia dilakukan oleh insan bergelar suami lebih-lebih lagi dalam usia perkahwinan yang amat mentah. "Saya hilang harapan nak berbaik semula sebab saya rasa trauma. Bekas teman lelaki dulu pun buat benda yang sama macam suami buat dekat saya."Apabila saya chat dengan perempuan tu dan call, saya rasa macam jiwa hilang selepas saya tahu apa yang mereka buat di belakang saya," katanya lagi.Seorang wanita sedih dapat tahu suami jalin hubungan sulit dengan pelajar universiti.Lebih menyedihkan, mereka baru bernikah 3 bulan dan bakal adakan majlis resepsi bulan depan.Wanita tersebut dilema mahu berpisah kerana baru berumah tangga.Namun tak dapat menipu diri yang teramat kecewa selepas tahu perkara sebenar daripada skandal suami.Netizen nasihatkannya supaya dapatkan pandangan daripada ahli keluarga dan pihak berkuasa agama.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut wanita berkenaan, perasaan kecewa dan jijik yang dialami menyebabkan dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah selepas mengetahui perkara sebenar.Bukan mahu membuka aib sendiri, wanita itu berkata niatnya berkongsi kisah tersebut kerana tidak mempunyai tempat untuk meluahkan perasaan selain mahu mendapatkan pandangan daripada warga maya.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita tersebut.Malah, ramai menasihatkannya supaya tidak terburu-buru membuat keputusan ketika berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil.Pada masa sama, ada juga yang menggesanya mendapatkan sokongan daripada ahli keluarga atau pihak berkuasa agama bagi mempertimbangkan langkah terbaik demi kesejahteraan dirinya pada masa hadapan.