suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bengang jiran suka mengintai dan pengotor, lelaki ini bina tembok tinggi... Niat elak pergaduhan akhirnya ‘makan diri’

Sesiapa sahaja pasti akan berasa tidak selesa apabila sering diintai oleh jirannya. -Gambar hiasan AI

BERDEPAN dengan jiran yang tiada 'common sense' bukan perkara mudah malah membuatkan sesiapa sahaja tidak selesa berada di kediaman sendiri.

Maka tidak hairan jika ada bertindak membina tembok tinggi bagi menghalang 'aura' negatif selain mengelak masalah seperti dilakukan pelayar Facebook ini.

Namun malangnya, tindakan itu 'memakan diri' apabila tembok yang siap dibina sehingga paras lantai kedua kediaman perlu dirobohkan.

Cerita lelaki ini, dia terpaksa merobohkan tembok tersebut selepas menerima saman daripada pihak majlis perbandaran kerana menaikkan binaan itu. 

Tembok tinggi yang dibinanya selepas mendapati jiran gemar mengintai.

Tembok tinggi yang dibinanya selepas mendapati jiran gemar mengintai. 

"Saya kena saman dengan pihak majlis, memang tak boleh naikkan pagar (tembok) tinggi ke?" ajunya cuba mendapatkan kepastian daripada warga maya.

Adunya lagi, penjelasan mengenai tujuan pembinaan telah dinyatakan dalam rayuan saman berkaitan.

Namun pihak berkuasa tempatan (PBT) menolak permohonan berkenaan dan mengarahkan meroboh serta mengikut standard asal ketinggian pagar ditetapkan.

"Saya buat binaan ini sebab jiran mengintai dan juga pengotor... pokok-pokok dari rumah dia masuk kawasan saya," luahnya lagi.

  • Lelaki bina tembok tinggi sebab tak tahan perangai jiran.
  • Dakwa jiran suka mengintai dan kawasan rumah kotor.
  • Tembok dibina sampai paras lantai kedua rumah.
  • PBT keluarkan saman dan arah robohkan tembok.
  • Netizen simpati, cadang pasang CCTV dan ambil tindakan undang-undang.

Pada masa sama, dia meluahkan rasa kesal kerana tidak membuat aduan awal dan merujuk pihak majlis perbandaran sebelum melakukan binaan tersebut.

Di ruangan komen, ramai meluahkan rasa simpati terhadapnya selain menyarankan supaya dia membuat rakaman video mengenai tingkah laku jiran terbabit seterusnya mengambil tindakan undang-undang. 

"Kalau dapat jiran bermasalah memang sesiapa pun akan buat tembok macam ini, contohnya aku... baju dekat penyidai jiran bau busuk sampai masuk ke dalam rumah aku juga.

"Jiran saya seorang hajah tapi dia suka buang sampah dalam pagar saya, apabila pasang kamera litar tertutup (CCTV), terus baik perangainya," demikian reaksi netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak bincang dulu, tiba-tiba jiran sebelah bina tembok... Rumah sendiri ‘auto’ nampak cacat dinding tak plaster - “Laluan angin dah tertutup”

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa nak buka pintu sangkar tu!” - Individu geram jiran ‘jemur’ burung kesayangan atas tembok, dah tegur tapi buat pekak

Berdasarkan perundangan di bawah Seksyen 70 (1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), tiada seseorang pun yang boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PBT.

Semua pembinaan bangunan atau tambahan mahupun ubahsuai yang tidak mendapat kebenaran pihak PBT terlebih dahulu atau pembinaan yang tidak mengikut pelan yang telah diluluskan adalah bertentangan dengan seksyen 70 (Akta 133).

Bagi pembinaan tembok atau pagar rumah kediaman pula, had ketinggian paling maksimum adalah lima kaki atau 1.5 meter namun sekiranya menggunakan tembok pejal, ia mestilah mempunyai bukaan atau kekisi sebanyak 30 peratus bagi tujuan pencahayaan.

Individu membinanya perlulah melepa dan mengecat pada kedua-dua belah bahagian (dalam dan luar) binaan selain tidak boleh keluar daripada sempadan lot tanah pemilik.

Artikel Lain