PERKONGSIAN pelakon Acha Septriasa mengenai dilema pasangan yang sanggup bertahan dalam perkahwinan toksik demi anak membuka mata ramai di media sosial.Acha, 36, menyentuh hati netizen apabila mengulas tentang bagaimana kehadiran cahaya mata sering menjadi faktor terbesar yang membuatkan seseorang itu berasa sukar untuk melangkah keluar daripada hubungan yang tidak sihat. "Memang ramai yang mempertahankan perkahwinan toksik demi anak. Sebagai ibu bapa, apabila perkahwinan gagal, kita seolah-olah dilabel sebagai manusia yang gagal dalam seluruh kehidupan," katanya.Acha sanggup bertahan dalam perkahwinan toksik kerana memikirkan anak-anak.Bagaimanapun Acha berpendapat keputusan untuk berpisah tidak semestinya menggambarkan sebuah kegagalan mutlak dalam hidup seseorang.Jelas Acha, dalam keadaan tertentu, perpisahan sebenarnya merupakan satu tindakan yang betul bagi menyelamatkan anak-anak daripada terus membesar dalam persekitaran yang tidak selamat.ARTIKEL BERKAITAN: Acha Septriasa sah cerai sejak MeiARTIKEL BERKAITAN: Selepas bergelar janda, Acha Septriasa pilih tinggal di Australia"Sebenarnya kita boleh membuatkan anak melihat sesuatu daripada sudut pandang lain, bahawa kita sedang menyelamatkan cara dia melihat hubungan yang baik itu seperti apa," jelasnya.Acha menegaskan bahawa setiap individu berhak menentukan pilihan terbaik dan keluar daripada masalah tersebut sekiranya emosi dan keselamatan mula terancam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!