PENYANYI Al Ghazali mendedahkan isterinya, Alyssa Daguise, memilih untuk tidak menggunakan khidmat pengasuh bagi menjaga anak sulung mereka, Soleil Zephora Ghazali, kerana mahu menikmati sendiri pengalaman sebagai ibu.Menurut Al, isterinya mahu membina ikatan emosi yang lebih rapat dengan bayi mereka dan merasai sendiri setiap momen membesarkan anak sejak hari pertama kelahiran. “Babysitter... tak, Alyssa tak mahu pakai babysitter,” katanya kepada detikHot.Al Ghazali dan Alyssa (kanan) teruja menyambut kelahiran anak pertama.Dalam pada itu, Al memberitahu keputusan itu dibuat kerana Alyssa mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada anak mereka tanpa terlalu bergantung kepada bantuan orang lain.“Ya mungkin untuk bonding. Kalau ada babysitter pun sekadar bantu untuk perkara kecil, bukan jaga sepenuhnya,” jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan benda kelakar! Isteri Al Ghazali berang nama anak jadi bahan gurauan, kongsi maksud sebenarARTIKEL BERKAITAN: Al Ghazali mahu jaga privasi anak, bimbang jadi sasaran di media sosialPada 10 Mei lalu, Alyssa yang juga merupakan menantu kepada komposer Ahmad Dhani selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 8.16 pagi. Untuk rekod Al Ghazali dan Alyssa mendirikan rumah tangga 16 Jun 2025 di Hotel The St. Regis Jakarta, Indonesia.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!