PELAKON asal Indonesia, Acha Septriasa sah bercerai dengan suaminya sejak Mei lalu.
Keputusan cerai talak satu terhadap Acha ditetapkan oleh Mahkamah Agama Jakarta Pusat pada 19 Mei lalu selepas Vicky Kharisma gagal gadir ke sesi perbicaraan yang telah ditetapkan.

Acha membuat permohonan cerai pada Disember tahun lalu.
Difahamkan pelakon berkenaan telah memfailkan permohonan cerai pada 12 Disember tahun lalu.
Dalam masa sama Acha juga diminta untuk membayar wang berjumlah kira-kira RM600 untuk tebus talak.
ARTIKEL BERKAITAN: Hajat Acha Septriasa berlakon filem keagamaan termakbul, pengarah ‘Qodrat 2’ telefon selepas selesai berdoa
ARTIKEL BERKAITAN: Suami izin Acha Septriasa berlakon adegan intim tapi ada syarat
Untuk rekod Acha dan Vicky bernikah pada 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Bridgia Kalina Kharisma yang kini berusia 8 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


