Isu 'masam muka' sesama jiran kerana haiwan peliharaan sememangnya banyak dipaparkan di media sosial. -Gambar hiasan AI
HIDUP berjiran perlu berlandaskan sikap saling menghormati dan bertolak ansur namun ada segelintir tindakan tanpa pertimbangan boleh mencetuskan rasa tidak selesa dan lebih parah pergaduhan.Seorang individu meluahkan kekecewaan terhadap sikap jirannya yang didakwa tiada common sense apabila memelihara burung dan meletakkan sangkar menghala rumahnya. Dakwanya, sarang itu diletakkan di atas tembok berhampiran peti surat kediamannya yang menimbulkan rasa kurang selesa.Hubungan sesama jiran akan harmoni jika masing-masing menghormati antara satu sama lain. -Gambar hiasan AI"Penat aku bayar bulan-bulan, atas mailbox aku juga kau letak. Baru satu (seekor), dalam rumah ada lagi lima sangkar nak susun atas dinding tu. Nak menyesal, dah beli pun (rumah)," katanya.Individu itu menjelaskan, dia tidak mempunyai masalah jika jirannya mahu mendedahkan haiwan peliharaan tersebut kepada cahaya matahari (sun bathing), namun berharap ia dilakukan secara lebih berhemah."Jemur tu tak kisah tapi biarlah berpada. Banyak alternatif lain... beli penyidai gantung untuk sangkar-sangkar tu," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal di taman perumahan pun dah tak tenang... Jiran bela ayam, siang malam asyik berkokokARTIKEL BERKAITAN: Hari-hari sedut bau najis, jiran pencinta kucing susun ‘litter box’ belakang rumah… Individu tak berani bina tembok, risau gaduhTambahnya lagi, isu tersebut bukan sahaja melibatkan sangkar burung, tetapi membabitkan beberapa perkara lain yang didakwa mengganggu ruang peribadinya.Dedahnya, jirannya itu pernah mengambil bungkusan miliknya yang diletakkan dalam peti surat selain sesuka hati meletakkan barang seperti kotak rokok di atas tembok sehingga memasuki kawasan rumahnya."Kadang masa ambil bil pun rasa nak buka saja pintu sangkar tu. Geram," katanya.Seorang individu kecewa dengan sikap jiran yang memelihara burung hingga mengganggu ruangnya.Dia mendakwa jiran tiada pertimbangan apabila sangkar diletakkan menghala ke rumahnya.Dakwanya, jiran itu turut ambil bungkusan tempahannya dan letak barang hingga masuk kawasan rumahnya.Walaupun pernah bersemuka, dia mendakwa jirannya masih berdegil.Netizen menasihatkan supaya ambil tindakan tegas termasuk membuat laporan jika perbincangan tidak berhasil.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut individu itu, dia juga pernah bersemuka dengan jirannya bagi membincangkan perkara berkenaan, namun tiada perubahan berlaku."Kita harap beli rumah dengan harga sekian dapatlah mentaliti yang baik tapi sebaliknya," katanya lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.Sebahagian antara komen netizen.Rata-ratanya menasihatkan agar dia mengambil tindakan lebih tegas sekiranya jalan perbincangan masih tidak membuahkan hasil."Report Perhilitan, kalau tak ada lesen memang 'mendapat'. Kalau saya, saya angkat atau tolak masuk kawasan rumah dia... gaduh pun gaduhlah, peduli apa."Ambil gambar. Hantar pada yang sepatutnya. Padan muka dia," demikian antara komen netizen.