suria

Dapat RM1,500 anugerah cemerlang SPM, saudara-mara paksa buat makan-makan... Gadis sedih mak suruh ‘pejam mata’ guna wang ganjaran

Ibu bapa tidak sepatutnya menggunakan duit kecemerlangan anak. -Gambar hiasan AI

SETIAP pelajar pasti akan berasa gembira dan bangga apabila semua usaha keras dalam mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhirnya membuahkan hasil.

Lebih manis, apabila mereka turut diraikan dalam majlis anugerah kecemerlangan serta diberikan ganjaran wang tunai sebagai pembakar semangat.

Seperti kisah remaja ini, kegembiraan menerima penghargaan dan wang tunai sejumlah RM1,500 daripada majlis anugerah yang diadakan di sekolahnya berakhir dengan kesedihan.

Katanya, dia berasa sedih apabila ibu bapa saudaranya meluahkan hasrat meraikan kejayaan dikecapinya namun terpaksa menggunakan sebahagian wang ganjaran untuk mengadakan majlis tersebut.

Anak yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum wajar diraikan keluarga. -Gambar hiasan AI

Anak yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum wajar diraikan keluarga. -Gambar hiasan AI

"Alhamdulillah SPM hari itu dapat duit dekat majlis anugerah sebanyak RM1,500 tapi adik-beradik ibu paksa buat makan-makan untuk mereka dengan alasan meraikan aku.

"Makan-makan itu obviously keluarga aku yang kena sediakan, jadi mak aku suruh spend RM500 daripada duit yang aku dapat itu," luahnya di Threads.

Bukan sahaja meluahkan rasa terkilan dengan situasi tersebut, dia turut mengakui berasa tidak ikhlas menyumbang wang diperoleh untuk kenduri tersebut.

  • Pelajar terima RM1,500 anugerah kecemerlangan SPM.
  • Gembira bertukar kecewa bila saudara minta buat kenduri.
  • Terpaksa guna RM500 daripada duit sendiri.
  • Akui tak ikhlas, mahu guna untuk beli laptop.
  • Netizen kecam tindakan keluarga, anggap tak wajar.

Malah gadis ini mendakwa, dia sepatutnya diraikan dan menerima hadiah atas kecemerlangan yang diperoleh.

Namun selepas memperoleh keputusan SPM pada 31 Mac lalu, dia masih belum lagi menerima sebarang hadiah.

"Aku tak ikhlas, nak guna duit untuk perkara lain dan nak self-reward diri sendiri.

"Tak dapat apa-apa hadiah lagi untuk keputusan SPM ini," adunya lagi sambil menyatakan wang tersebut ingin digunakan untuk membeli komputer riba ketika melanjutkan pelajaran di universiti nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebatnya amalan pelajar 9A+ ini... Baca Yasin sebelum jawab peperiksaan - “Jangan tinggal solat tahajud, dhuha”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dibayar’ untuk setiap A, pelajar cemerlang SPM gembira terima ganjaran - “Ibu tunaikan janji on the spot”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib remaja tersebut dan menganggap tindakan ahli keluarga yang memaksa adalah tidak wajar.

"Kalau tak beli laptop tu, sampai bila-bila akan menyesal... payah nak dapat (duit) lagi dan nak sambung belajar pun nak guna duit.

"Mak bapa sepatutnya guna duit sendiri untuk makan-makan, duit anak tu duit anak. Haram kalau sentuh tanpa izin," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain