PERKEMBANGAN teknologi kecerdasan buatan (AI) banyak membantu mempercepatkan tugasan, namun timbul kebimbangan apabila hasil kerja dihasilkan secara manual semakin tidak dihargai.Itulah luahan dibuat seorang pereka grafik yang kecewa selepas majikan membandingkan prestasi kerjanya dengan pekerja baharu menggunakan AI untuk menyiapkan tugasan reka bentuk grafik. Menurut wanita berkenaan, dia sudah lama berkhidmat sebagai pereka grafik dan menghasilkan kandungan serta ilustrasi menggunakan perisian Adobe Illustrator.Bagaimanapun, sejak syarikat mengambil pekerja baharu yang banyak bergantung kepada AI untuk menghasilkan poster, dia merasakan hasil kerjanya tidak lagi dihargai.Banyak syarikat yang menggunakan AI untuk memudahkan urusan. -Gambar hiasan AI"Saya dah buat kerja bersungguh-sungguh lepas tu bos tak hargai. Saya seorang designer dan buat posting content (kandungan) guna perisian tersebut."Baru-baru ini ada orang ni dia sertai syarikat saya. Dia pun buat poster tapi semua pakai AI je. Tapi bila dia buat semua tu, identiti jenama syarikat tu semua kelaut."Warna semua lari dan logo jadi lain tapi bos cakap bagus. Dia cakap dengan satu prompt, dia boleh buat lebih 20 poster. Saya yang 'slow' (lambat) bekerja. Padahal selama ni saya tak pernah terlepas deadline," katanya.Apa lebih mengecewakan majikan menasihatinya supaya segera menyesuaikan diri dengan penggunaan AI atau berdepan risiko ketinggalan.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perubatan perdaya warga AS, cipta akaun ‘influencer’ guna AI raih pendapatan lumayanARTIKEL BERKAITAN: Wanita hilang suara buat ‘live’, setahun derita masalah telinga dan tekak... Menyesal tayang hasil affiliate, rupanya terkena penyakit ainDia mengakui AI sememangnya memudahkan kerja selepas seseorang mahir menggunakannya, namun berpendapat sentuhan kreativiti manusia serta identiti sebagai pereka grafik tidak sepatutnya dipandang remeh."Saya sedih dan rasa terhina bila dia cakap kena belajar guna AI kalau tidak saya akan ketinggalan. Ye AI boleh memudahkan kerja bila awak mahir dan memudahkan kerja."Tapi macam mana dengan identiti awak sebagai pereka grafik? Habis tu saya belajar macam nak gila selama ni. Kemahiran yang saya agung selama bertahun. Terus hilang mood pagi tu," ujarnya.Luahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen, terutama dalam kalangan mereka yang turut kesal dan terpalit kerana bekerja dalam industri kreatif.Majikan puji staf baharu guna AI, pereka grafik lama pula dilabel lambat.Kecewa hasil kerja bertahun-tahun dipandang rendah, bos lebih kagum dengan AI.Pereka grafik terkilan dibandingkan dengan rakan sekerja yang hanya guna AI.Tidak pernah lewat siapkan kerja tetapi tetap dianggap ketinggalan kerana AI.Netizen dakwa ramai majikan kini lebih utamakan kuantiti berbanding kualiti reka bentuk.Ringkasan ini dijana oleh AIPada masa sama, terdapat juga netizen berpendapat penggiat industri kreatif perlu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi dan memanfaatkan AI sebagai alat sokongan, bukannya sebagai ancaman."Sedang mengalami dan dalam proses nak angkat kaki sebab saya dah tak ada hati. Masuk kerja pun tak gembira. Semua AI, tak hargai pun kerja kita. Syarikat boleh hidup tanpa kita, kita pun boleh."Ye AI memang popular sekarang. Kerja kreatif lagi tidak dihargai ramai. Banyak bos nak kuantiti berbanding kualiti. Kena lawan tu dan sesuaikan diri dengan AI."Red flag gila dengan design AI sekarang ni. Lebih kurang je semua hasil AI. Boleh je pakai AI tapi sikit-sikit dan memadai. Rasanya bos kalau nak cepat kena tengok kualiti design," komen sesetengah netizen.