BELUM pun sempat melangkah masuk ke pejabat untuk hari pertama latihan industri, gadis ini sudah dibebani tekanan kewangan gara-gara sikap penting diri ibu bapanya.Meluahkan kesedihan dialami, ujarnya, dia dikejutkan dengan tuntutan wang bulanan sebanyak RM500 sebulan daripada orang tuanya sejurus menunjukkan surat tawaran yang diterima. Situasi itu membuatkan keterujaan untuk menjalani latihan industri seperti rakan pengajian diploma yang lain, seolah-olah terbantut.Lebih menambah rasa pilu apabila dia turut mendedahkan segala perancangan rapi yang digarap bakal terkandas sekiranya kemahuan keluarganya itu dituruti.Latihan industri merupakan langkah awal untuk pelajar memulakan kerjaya mereka. -Gambar hiasan AI"Stresnya nak mulakan internship (latihan industri), mak ayah aku dah demand nak RM500 sebulan."Baru nak mula hidup ni, macam manalah nak hadap parents macam ni ya? Sumpah tertekan sampai rasa tak mahu pergi internship."Gaji asas RM1,800 sebulan tapi nak simpan untuk ambil lesen dan beli kereta sebab semua kena tanggung sendiri, nak sambung ijazah lagi," luahnya di Threads.Mengakui terpaksa akur dengan tuntutan bulanan tersebut, dia bagaimanapun berharap ibu dan bapanya dapat membantu sedikit sebanyak urusan untuk memulakan kehidupan baru nanti.Pelajar praktikal didakwa diminta beri RM500 sebulan kepada ibu bapanya.Elaun RM1,800 mahu digunakan untuk lesen, kereta dan sambung belajar.Dia turut membayar sendiri yuran pengajian serta masih berhutang.Tekanan itu membuatkan dia hilang semangat memulakan latihan industri.Netizen menasihatinya supaya lebih bertegas dan merahsiakan jumlah pendapatan.Ringkasan ini dijana oleh AITambahan pula, dia sudah berpenat lelah mencari sumber kewangan untuk membayar yuran pengajian di setiap semester.Malah katanya, sepanjang tempoh itu, dia terpaksa berhutang dengan beberapa aplikasi kewangan atas talian bagi menampung kehidupan kerana tidak dibiayai oleh keluarganya."Yuran setiap semester pun bayar sendiri, hutang yang dibuat untuk tampung hidup zaman diploma pun tak selesai lagi."Kalau dia nak tolong hulur sikit-sikit tak apalah, ini sikit pun dia tak kesian kat aku yang nak mulakan hidup ni," tambahnya sayu.ARTIKEL BERKAITAN: Padah ajak suami orang keluar, perangai gatal ‘intern’ perempuan dilapor kepada HR!ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat aku kawan kau?” - Pegawai HR ‘terpaling korporat’ berang calon pelatih industri balas e-mel hanya panggil namaTindakan ibu bapa yang disifatkan tidak bertolak ansur dan kurang memahami fasa awal anak muda yang mahu berdikari itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Rata-rata warga maya memberikan kata-kata semangat dan menasihatinya agar lebih bertegas dan merahsiakan sebarang kenaikan pendapatan pada masa hadapan bagi mengelakkan diri terus dimanipulasi kewangan oleh keluarga sendiri."Apabila orang tanya fasal gaji, tolong elakkan bagitahu jumlah sebenar. Tak kiralah ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan."Kewajipan sebagai anak adalah bagi selagi mampu, kalau dah tak mampu tu, tak perlu bagi. Pura-pura miskin je, simpan banyak-banyak supaya tak merempat kalau dah kena halau," demikian reaksi netizen.