suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Oh belum menopaus?” - Usia dah 40-an masih solo, wanita kecewa rakan lelaki lontar ayat sarkastik... Enggan maafkan sampai bila-bila

Segelintir individu gemar melontarkan gurauan tanpa menyedari kata-kata itu sebenarnya boleh mengguris hati orang lain. -Gambar hiasan AI

SETIAP individu mempunyai perjalanan hidup yang berbeza, termasuk soal jodoh dan perkahwinan. 

Namun, masih ada segelintir dalam kalangan masyarakat gemar menjadikan status bujang seseorang sebagai bahan gurauan tanpa memikirkan kesannya terhadap perasaan individu berkenaan.

Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila sering menjadi sasaran sindiran seorang rakan lelaki hanya kerana dia masih belum berkahwin meskipun usianya sudah mencecah lingkungan 40-an.

ARTIKEL BERKAITAN: Dihina tak cantik berbanding kakak, wanita ‘ajar’ makcik mulut celupar tentang sensitiviti... Bukan tinggi suara, cukup hulur kad nama

ARTIKEL BERKAITAN: Galak hina rupa orang lain, lelaki ‘terpukul’ bila rakan ingatkan isteri sedang hamil - “Terus senyap member”

Menerusi satu perkongsian di Threads, wanita itu berkata rakannya yang berusia 50-an kerap mengeluarkan kata-kata berbaur sarkastik sehingga menggores hatinya.

"Saya sedang hadap seorang kawan ni cakap sarkastik pasal saya yang single tapi dah cecah 40-an. Katanya, at least orang lain tu dah confirm ada baka. 

"Kadang-kadang dia perasan kita tak pergi surau, dia cakap, ohh belum menopouse. 

"Banyak lagi ayat sarkastik dia, ini cuma sebahagian. Tapi masa dia cakap pasal baka tu, saya memang terasa cuma tak membalas. Kawan saya ini lelaki ya, umur dah 50-an," kongsinya.

Kita diingatkan untuk saling menegur dengan berhikmah sekiranya perbuatan rakan dianggap melampaui batas. -Gambar hiasan AI

Wanita itu mengakui sehingga kini dia masih belum dapat memaafkan kata-kata rakannya kerana menyifatkan sindiran tersebut terlalu melampau. 

"Dan mungkin sebab doa orang-orang yang pernah dia condemn, makanya anak-anak dia sorang pun belum kahwin dan pakej tak bekerja walaupun dah umur 30-an. 

"Saya tak maafkan dia cakap fasal tak ada keturunan. Saya nak dia nampak kesan ayat dia itu, masa dia masih hidup. Rasa geram sangat," luahnya.

Di akhir perkongsiannya, wanita itu mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih kata-kata, terutama apabila menyentuh isu bersifat peribadi seperti status perkahwinan seseorang.

  • Seorang wanita terkilan kerana sering disindir rakan lelaki mengenai statusnya yang masih bujang pada usia 40-an.
  • Rakannya didakwa kerap mengeluarkan kata-kata sarkastik termasuk menyentuh soal zuriat dan menopaus.
  • Wanita itu enggan memaafkan rakannya kerana sindiran terlalu mengguris hati.
  • Dia turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika mengulas isu peribadi seperti status perkahwinan seseorang.
  • Netizen yang turut berkongsi pengalaman berdepan soalan dan sindiran berkaitan jodoh.

"Jadi anda semua sebelum nak keluarkan kata-kata, fikir dulu dosa dan pahala.

"Begitu juga kawan-kawan yang hantar gambar lelaki-lelaki dekat WhatsApp group atau personal, suruh saya mesej kalau berminat nak berkenalan... pun saya rasa terhina.

"Kamu sebagai kawan dan kenal rapat, boleh pula buat kita ni macam desperate nak kahwin," luahnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita berkenaan dan mendoakannya dikurniakan pasangan secocok.

Malah, ada mengakui pernah berdepan pengalaman hampir sama apabila sering diasak dengan soalan berkaitan jodoh, malah mereka berkongsi tip menangani situasi sedemikian.

Artikel Lain