Bayaran caj akan dikenakan kepada keluarga si mati sekiranya caruman khairat tidak dilakukan. -Gambar hiasan AI
ISU bayaran pengurusan jenazah yang hangat diperkatakan ketika ini mendorong seorang wanita berkongsi pengalaman hampir sama pernah dilaluinya enam tahun lalu.Mengimbau peristiwa tersebut, ujar wanita ini, keluarganya turut dikenakan bayaran mencecah ribuan ringgit meskipun urusan hanya berkaitan pengebumian. Memulakan cerita, dia telah menguruskan proses mandi dan kafan jenazah arwah ibunya terlebih dahulu di hospital."Pada 19 Mac 2020, mak saya meninggal dunia di Hospital Selayang, setelah perbincangan dilakukan dengan adik-beradik, kami sepakat nak selesaikan urusan mandi dan kafan di hospital.Menguruskan jenazah umat Islam adalah fardu kifayah. -Gambar hiasan AI"Kami dapatkan khidmat tukang mandi dan kafan jenazah dari pegawai forensik, kami mandikan dan kafan jenazah dengan bimbingan ustazah. Dia caj RM450 untuk sediakan kain dan air mandi," ujarnya di Threads.Sejurus selesai proses tersebut, suaminya berjumpa dengan pihak masjid bagi membolehkan jenazah dibawa balik dari hospital ke masjid untuk disolatkan.Menurut wanita ini, pihak masjid ketika itu ada menyatakan sejumlah amaun perlu dibayar berikutan ibunya bukanlah pencarum khairat."Disebabkan nak selesaikan urusan dengan cepat, kami setuju sahaja dan tak tahu berapa yang akan dicaj.Wanita berkongsi pengalaman dikenakan RM1,100 bagi urusan pengebumian ibunya pada 2020.Keluarga sudah menguruskan mandi dan kafan jenazah di hospital dengan bayaran RM450.Bayaran daripada pihak masjid diterima tiga hari selepas pengebumian selesai.Resit didakwa turut memasukkan caj mandi jenazah dan kain kafan yang tidak digunakan.Netizen berpendapat urusan fardu kifayah perlu dipermudahkan dan tidak membebankan waris.Ringkasan ini dijana oleh AI"Urusan pengebumian selesai tepat pukul 10 malam lepas mak meninggal dunia 3.10 petang," ujarnya sambil menjelaskan pergerakan sedikit terbatas disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP) ketika itu.Imbaunya lagi, selepas kira-kira tiga hari berlalu, pihak masjid datang ke rumah untuk meminta bayaran sejumlah RM1,100.Mengakui terkejut dengan jumlah berkenaan, dia kemudian meneliti resit yang diberikan."Dalam resit tu ada sekali upah mandi dan kain kafan sedangkan kami tak guna pun hak masjid. Semua tu dibayar asing kepada tukang mandi jenazah di hospital, tapi kami bayar dan anggap ia sedekah untuk arwah mak walaupun rasa terkilan," tambahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa buat tahlil walau liang lahad masih terbuka... NGO jelaskan kejadian jenazah dihalang dikebumikan, dakwa permit ditahanARTIKEL BERKAITAN: Bapa buat persiapan tinggalkan keluarga! Beri nombor pin bank, renew khairat kematian - “Kamu tak perlu keluar 5 sen pun”Menurut wanita ini lagi, situasi dialami itu membuatkan dia faham kenapa pihak masjid meminta bayaran.Namun baginya, golongan terbabit tidak wajar merumitkan fardu kifayah seperti yang ditularkan di media sosial kerana akan merosakkan imej agama Islam.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-rata bersetuju bahawa fardu kifayah tidak wajar dirumitkan bagi mengelakkan imej agama tercemar."Khairat kematian dah jadi bisnes masjid, siap ada pakej-pakej lagi."Wajar memudahkan pengurusan, orang derma duit tiap kali lepas solat Jumaat, bolehlah gunakan duit tu dan bukan hanya untuk penyelenggaraan masjid semata-mata," demikian reaksi netizen.