Persekitaran kawasan perumahan juga menjadi antara elemen yang dititikberatkan oleh sebahagian individu sebelum membeli kediaman. -Gambar hiasan AI
MEMBELI rumah bukan sekadar soal keluasan, rekaan atau harga semata-mata.Bagi sesetengah pembeli, faktor persekitaran, kejiranan dan kualiti hidup turut menjadi pertimbangan utama sebelum membuat keputusan. Perkara itu dikongsikan oleh seorang individu yang mengakui pada mulanya hairan dengan keputusan rakannya membeli sebuah rumah bernilai RM600,000 meskipun pendapatan isi rumah mereka sekitar RM8,000 sebulan.ARTIKEL BERKAITAN: Ejen hartanah dituduh gelap mata kejar komisen... Tergamak bantu pasangan muda gaji RM6,000 beli rumah lebih setengah jutaARTIKEL BERKAITAN: Isteri pilih tinggal berasingan, sanggup beli sendiri rumah semi-D... Enggan duduk flat kos rendah milik suamiMenerusi satu hantaran di Threads, individu berkenaan berkata, rakannya bersama suami sanggup membayar ansuran bulanan kira-kira RM3,000 demi memiliki kediaman tersebut."Kawan saya dengan suami dia total income sekitar RM8,000 sebulan. Tapi beli rumah RM600,000 dan kena bayar sekitar RM3,000 sebulan."Saya tanya kenapa beli rumah mahal sebab 900 kaki persegi je, kenapa tak beli Rumawip sekitar Kuala Lumpur?" tulisnya.Setiap individu menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah kediaman idaman untuk keselesaan keluarga. -Gambar hiasan AIMenurut individu itu, jawapan yang diberikan rakannya membuatkan dia melihat pembelian rumah daripada perspektif berbeza."Dia jawab, sebab harga tu dia bukan bayar untuk keluasan tapi harga untuk persekitaran yang bagus dan jiran yang educated," kongsinya.Walaupun menganggap alasan tersebut masuk akal dan berpotensi menjadi pelaburan jangka panjang yang baik, dia mengakui masih ragu-ragu sama ada mampu membuat komitmen kewangan sedemikian kerana pendapatan mereka juga tidak jauh berbeza."Saya rasa macam good investment juga tapi saya risau saya tak mampu. Pendapatan kami lebih kurang."Maksudnya, dia mungkin tak nak vibe B40 macam rumah flat. Saya faham sebab saya pernah sewa tempat macam tu dulu. Memang beza ya dan tak pening kepala," ujarnya.Seorang individu berkongsi kisah rakannya membeli rumah bernilai RM600,000 walaupun pendapatan isi rumah sekitar RM8,000 sebulan.Rakan tersebut sanggup membayar ansuran bulanan kira-kira RM3,000 sebulan.Menurut rakannya, harga rumah dibayar bukan kerana keluasan, tetapi demi persekitaran dan kejiranan yang lebih baik.Individu itu mengakui tertarik dengan pandangan tersebut, namun bimbang tidak mampu menanggung komitmen kewangan yang sama.Netizen berpendapat faktor persekitaran penting, tetapi kemampuan kewangan perlu menjadi keutamaan.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada bersetuju bahawa lokasi dan persekitaran merupakan faktor penting dalam pemilihan rumah, manakala sebahagian lagi berpandangan kemampuan kewangan tetap perlu menjadi keutamaan agar komitmen bulanan tidak membebankan dalam jangka panjang."Persekitaran yang bagus dan jiran yang educated tu sokong. Perlu hormat satu sama lain, baru hidup aman."Dia nk keluarga dia dapat persekitaran yang baik. Kalau saya pun sanggup beli rumah yang ikut apa yang kita nak," demikian antara komen netizen.