Setiap individu menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah kediaman idaman untuk keselesaan keluarga. -Gambar hiasan AI
MEMILIKI sebuah kediaman idaman pasti menjadi impian ramai antara kita, namun kemampuan kewangan sering menjadi faktor utama yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat komitmen jangka panjang.Di Threads, perkongsian seorang ejen hartanah mengenai kejayaannya membantu satu pasangan muda membeli rumah mengundang perdebatan hangat dalam kalangan warga maya. Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman tersebut, ejen berkenaan memaklumkan dia berjaya membantu pasangan berusia 26 tahun dengan pendapatan isi rumah sekitar RM6,000 sebulan memiliki sebuah rumah bernilai hampir RM600,000.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pilih tinggal berasingan, sanggup beli sendiri rumah semi-D... Enggan duduk flat kos rendah milik suamiARTIKEL BERKAITAN: Masa muda beli rumah sebab FOMO, lepas 8 tahun menyesal silap langkah... Bayar pinjaman tapi tak nampak hasil!"Alhamdulillah, berjaya bantu pasangan muda berusia 26 tahun, gabung pendapatan RM6,000++ untuk beli rumah bawah RM600,000 dengan cashback RM5x,xxx" tulisnya.Menurutnya, kediaman yang dibeli pasangan tersebut terletak di sebuah kawasan perumahan moden yang popular di Selangor.Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang perdebatan apabila ramai netizen mempersoalkan kemampuan kewangan pasangan berkenaan untuk menanggung komitmen bulanan bagi rumah bernilai hampir setengah juta ringgit itu.Perancangan kewangan perlu dilakukan dengan teliti kerana rumah merupakan komitmen jangka panjang. -Gambar hiasanMalah ada yang menyifatkan tindakan ejen tersebut sebagai tidak bertanggungjawab kerana didakwa lebih mementingkan komisen berbanding kemampuan klien."Maaf, kalau betul gaji combine RM6,000 dan awak rasa happy jual rumah ini kepada mereka, awak memang selfish."Combined income baru RM6,000, beli rumah RM600,000. Makan apa bulan-bulan? Tak ada kereta nak bayar, nak isi minyak, maintenance kereta, motosikal, duit simpanan, duit kecemasan, medical card? Kita pula yang risau."Orang gaji RM15,000 pun risau nak beli rumah RM600,000," demikian antara komen warga maya. Seorang ejen hartanah berkongsi kejayaan bantu pasangan muda dengan pendapatan gabungan RM6,000 membeli rumah bernilai hampir RM600,000.Perkongsian itu undang kecaman netizen yang mempersoalkan kemampuan kewangan pasangan berkenaan untuk menanggung komitmen bulanan.Netizen tuduh ejen tersebut lebih mementingkan komisen berbanding mengambil kira kemampuan sebenar klien.Ejen berkenaan tampil beri penjelasan lanjut dan klien bersetuju teruskan pembelian.Ada netizen pertahankan pasangan itu dengan beranggapan mereka mungkin mempunyai aset lain atau sokongan kewangan kukuh.Ringkasan ini dijana oleh AISusulan kecaman yang diterima, ejen hartanah itu tampil memberikan penjelasan dan menegaskan bahawa keputusan pembelian dibuat selepas melalui proses penilaian yang teliti."Untuk makluman, saya tak senang-senang terima booking apabila tahu gaji klien macam ni. Sebagai penasihat hartanah yang mencari gaji halal, saya berikan the consequences secara telus. "Saya kirakan secara details untuk tempoh 10 tahun ke hadapan (segala pengiraan adalah maksimum) dan klien bersetuju tentang ni."Saya beri mereka masa dua bulan sebelum proceed. Dan mereka proceed untuk booking dan teruskan pembelian ini. Tambahnya lagi, sepanjang proses permohonan pinjaman perumahan, dia sentiasa mengingatkan pasangan berkenaan mengenai kepentingan merancang kewangan dengan betul bagi memastikan mereka mampu menguruskan komitmen yang bakal ditanggung."Sepanjang proses untuk pinjaman, saya selalu ingatkan mereka supaya bersedia dengan pelan kewangan yang betul," ujarnya lagi.Sebahagian daripada komen warga maya terhadap perkongsian berkenaan.Namun di tengah-tengah kecaman yang dilontarkan, ada segelintir warga maya yang berpandangan sebaliknya dan beranggapan klien ejen hartanah berkenaan sememangnya mempunyai sokongan kewangan yang kukuh."Husnuzon guys, memang gaji mereka combine RM6,000 je tapi kita tak tahu latar belakang mereka. Entah-entah ada liquidated asset lain."Biasa mak bapa akan top up bulan-bulan tu kalau anak orang kaya. Tak ada hal."Anak orang kaya ni. Kereta mesti parents dah belikan dari zaman belajar. Orang dah biasa hidup kejiranan cantik, mana mahu nak duduk kejiranan B40," komen mereka.