suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kematian diraikan dengan gembira” - Kisah individu sebar fitnah surat layang buat ramai insaf, arwah putus nyawa secara tragis!

Sebagai umat Islam, kita harus percaya setiap perbuatan pasti ada balasannya. -Gambar hiasan AI

ADA kalanya tekanan di tempat bukan berpunca daripada bebanan tugas, sebaliknya sikap segelintir individu yang mencetuskan suasana toksik.

Menerusi satu perkongsian, seorang pemuda berkongsi pengalamannya berdepan rakan sekerja yang didakwa menjadi punca kakitangan lain mengalami tekanan.

Namun menurut pemuda itu, suasana di tempat kerjanya sudah berubah dan kembali aman selepas pekerja berkenaan meninggal dunia pada tahun lalu.

Suasana toksik di tempat kerja boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan. -Gambar hiasan AI

"Dia ni seorang yang paling jahat di tempat kerja. Pekerja lain jadi tak seronok nak bekerja disebabkan perbuatan dia. Ada yang sampai berhenti kerja gara-gara mulutnya.

"Ada juga yang kena fitnah sebab dia tulis surat layang. Mangsa alami tekanan sebab dibuli. Dia yang atur pekerja dalam pejabat ni. Dia adalah master mind. Bos-bos pula percaya cerita dia.

"Ada pekerja yang terpaksa tunduk sebab dia anak somebody. Tahun lepas dia alami kemalangan teruk sampai meninggal dunia. Hancur berkecai. Sekarang pejabat kembali aman," ujarnya.

  • Pemuda kongsi kisah pekerja paling dibenci di tempat kerjanya.
  • Pekerja itu suka membawa mulut dan memfitnah kakitangan lain.
  • Sikap pekerja itu menyebabkan mangsa-mangsanya tertekan.
  • Pekerja itu akhirnya meninggal dalam keadaan tragis tahun lalu.

Di ruangan komen, ramai netizen menganggap kisah itu sebagai satu kifarah atas perbuatan jahat individu berkenaan yang gemar menganiaya rakan sekerjanya.

Pada masa sama, ada netizen turut berkongsi kisah hampir sama yang dilalui mereka sendiri.

"Paling sedih jika kematian kita diraikan dengan gembira oleh orang lain. Jadi, berbuat baiklah semasa hidup ni.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin ini kifarah kami” - Kisah benar pasangan suami isteri dihimpit dosa lampau, terus hilang ‘spark’ di bilik tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Herdik staf mengandung, larang solat... Bos perempuan kena kanser tahap 4 meninggal dunia, dianggap dapat kifarah

"Kat tempat saya pun ada macam tu. Sekarang kena strok. Seorang lagi berpangkat, kena kanser tahap empat. Jadi janganlah buat jahat di tempat kerja.

"Ramai orang aniaya saya. Tapi saya buat diam. Apabila baca kisah ni, hati rasa lega. Allah maha adil, semoga saya dapat saksikan balasan nanti," tulis netizen lagi.

Artikel Lain