suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Adakah hati saya busuk?” - Wanita rimas tengok kawan ‘humble brag’ di status WhatsApp... Duit nafkah, resit barang pun tunjuk!

Perkongsian kehidupan peribadi di media sosial boleh mengundang rasa kurang senang segelintir individu. -Gambar hiasan AI

RAMAI dalam kalangan kita gemar berkongsi momen kehidupan di media sosial atau status WhatsApp sebagai tanda penghargaan, kenangan mahupun sekadar suka-suka.

Namun, apabila setiap perkara mula dikongsikan secara terperinci terutamanya melibatkan wang ringgit dan pencapaian peribadi, ia ada kalanya mengundang rasa kurang selesa orang yang melihatnya.

Itulah dilema yang dirasai seorang wanita mengenai sikap rakannya yang gemar memuat naik pelbagai perkara berkaitan kehidupan peribadi sehingga membuatkan dia tertanya-tanya sama ada dirinya terlalu sensitif mengenai hal tersebut.

"Saya ada seorang kawan yang memang suka berkongsi segala-galanya di status WhatsApp. Sampai tahap suami bagi nafkah atau duit raya pun dia akan muat naik sekali, lengkap dengan gambar jumlah wang yang diterima.

"Terkini dia memuat naik status mengatakan dia hanya mahu membeli sesuatu yang harganya sekitar RM100 hingga RM200 sahaja. Tapi suaminya belikan barang tersebut namun memuat naik resit yang menunjukkan jumlah pembelian bernilai empat angka," katanya memulakan cerita.

Perkongsian kehidupan peribadi di media sosialboleh mengundang rasa kurang senang segelintir individu. -Gambar hiasan AI

Elakkan berkongsi secara berlebihan di media sosial. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita berkenaan lagi, dia faham jika rakannya itu membuat perkongsian terbuka sebagai tanda penghargaan kepada suami, namun ia sepatutnya dilakukan dengan cara yang lebih merendah diri.

"Biasanya kalau orang kongsi resit atau bukti pembayaran, jumlah wang itu akan ditutup atau dikaburkan. Tetapi dia siap buka dan tunjuk jumlah pada resit itu tanpa sebarang tapisan.

"Kalau saya sendiri atau kenalan lain, kami memang akan kaburkan bahagian tersebut. Kalau sekadar nak buat appreciation post, saya faham dan memang tak dengki pun.

"Saya pun tak pasti sama ada dia sebenarnya sedang merendah diri atau mahu menunjuk (humble brag). Sebab kapsyen yang ditulis nampak sederhana dan rendah diri, tetapi pada masa yang sama dia tetap memuat naik resit tersebut," luah wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: "Semoga bisnes hang tak berjaya" - Adik 'semak' ada kakak busuk hati, dengki bapa mentua bagi tanah

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dihina tak mampu pandu kereta mewah, sedih dikaitkan dengan kisah cerai! - “Patutlah isteri tinggalkan kau dulu”

Apa yang lebih mengganggu fikirannya adalah apabila rakannya itu didakwa sering memberikan komen seolah-olah menyindir atau membuatkan individu bujang berasa bersalah dengan pilihan hidup mereka.

Dakwanya, setiap kali dia berkongsi aktiviti percutian, rakannya akan membalas dengan kenyataan dia bebas berbuat demikian kerana belum berkahwin.

"Katanya saya bebas kerana belum berkahwin, manakala dia mengumpul pahala dengan menjaga suami dan anak-anak. Tapi, siapa suruh kahwin awal? Kami pun tak cemburu dia sudah berkahwin.

"Kalau saya memuat naik barang berjenama yang baru dibeli, dia pula akan memuat naik sesuatu yang seolah-olah ingin mengatakan bahawa keutamaannya hanyalah keluarga dan anak-anak. Katanya, beg tangan berjenama dan sebagainya bukan keutamaannya.

"Memanglah bukan keutamaan sebab dia pun tak begitu mengenali jenama-jenama tersebut. Rasanya beg paling mahal yang dia ada pun cuma Charles & Keith," katanya.

  • Wanita rimas lihat rakan kerap tayang resit dan pemberian suami di WhatsApp.
  • Perkongsian rakannya disifatkan sebagai 'humble brag' atau menunjuk secara halus.
  • Dia juga didakwa gemar menyindir individu yang masih bujang.
  • Status berkaitan rumah, anak-anak dan kehidupan peribadi sering dimuat naik.
  • Netizen berpendapat rakannya mempunyai sasaran tertentu setiap kali berkongsi status.

Bukan itu sahaja, wanita itu mendakwa rakannya pernah memuat naik status yang dianggap sengaja menayang kemewahan, malah sanggup membandingkan pencapaian tersebut dengan orang lain.

"Selain itu, dia selalu mengemas kini tentang anak-anak dan perkembangan rumahnya. Sampai setiap sudut rumah itu saya tahu. Fahamlah macam mana cara dia berkongsi tentang semua perkara itu. Oh ya, dia pernah memuat naik status... syukur muda-muda dah ada rumah besar. Anda tu nak masuk umur 30 tahun rumah pun tak ada lagi ke?

"Sedangkan rumah itu bukan dia yang beli pun, tetapi dibeli oleh suaminya. Saya sudah banyak kali cuba muhasabah diri kerana takut hati saya sebenarnya yang buruk.

"Tetapi entahlah, saya rasa mungkin dia juga ada masalah sikap. Jadi, adakah hati saya yang busuk sebenarnya?" ceritanya lagi.

Ramai yang suka berkongsi mengenai kebahagian keluarga secara terbuka termasuklah di media sosial. -Gambar hiasan AI

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat individu seperti itu selalunya mempunyai 'sasaran' tertentu apabila memuat naik status sedemikian.

"Percayalah, dia ada target audience. Tapi orang macam ni sebenarnya kesian juga.

"Aku pun suka post status WhatsApp. Tak sangka pula orang anggap macam riak. Kadang-kadang kita post sebab suka dan rasa nak kongsi saja.

"Kadang-kadang orang yang paling beria tunjuk bahagia ni sebenarnya tak bahagia sangat pun. Orang macam ni aku terus mute, walaupun tetap juga nak tahu perkembangan hidup dia," komen beberapa netizen.

Artikel Lain