suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Hasutan member lagi teruk daripada syaitan” - Gara-gara silap tempat mengadu, hubungan hancur akibat cemburu orang luar

Berbicanglah dengan pasangan masing-masing sekiranya berlaku masalah dalam hubungan. -Gambar hiasan AI

MELUAHKAN masalah dalam hubungan peribadi kepada rakan dianggap perkara biasa.

Namun ada berpendapat tindakan itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, terutama apabila pasangan mula dipandang serong berdasarkan cerita daripada sebelah pihak sahaja.

Pandangan itu dikongsikan seorang lelaki yang menasihatkan orang ramai agar tidak menjadikan rakan, biarpun kenalan paling rapat, sebagai tempat meluahkan setiap masalah dalam hubungan.

Hujahnya, rakan lazimnya mudah membuat penilaian meluru terhadap pasangan sebelum mula menghasut supaya hubungan itu ditamatkan serta-merta, tanpa mengetahui situasi sebenar secara menyeluruh.

"Jangan sesekali pernah cerita masalah yang berlaku dalam hubungan dekat kawan-kawan rapat sekali pun. Sebab apa? Mestilah kawan kau akan burukkan pasangan kau.

Elakkan menjaja masalah dalam hubungan kepada orang luar selepas berkahwin. -Gambar hiasan AI

"Sampai dia akan cakap... kau tinggalkan je dia, putus je dengan dia. Dekat situ la kau akan dengar hasutan dia. Kadang hasutan member ni lagi teruk daripada hasutan syaitan," cerita lelaki tersebut.

Malah, keadaan boleh menjadi lebih rumit jika individu yang dijadikan tempat mengadu masih bujang atau mempunyai perasaan cemburu terhadap hubungan orang lain.

Justeru, dia mengingatkan pasangan supaya berbincang dan menyelesaikan konflik secara matang sesama sendiri tanpa melibatkan terlalu ramai pihak luar.

"Biasa aku nampak benda berlaku jika kawan rapat tu perempuan. Tak semua, tapi ada. Jadi lagi sekali, jangan pernah cerita masalah pasangan dekat kawan-kawan ya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari SBP hingga sambung belajar ‘oversea’, ada je benda nak perlekeh... Wanita sedih pencapaian tak pernah dibangga mak ayah

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta kena tarik, rumah pula bergelap… Lelaki luah duka lara, berjurai air mata fikir nasib anak-anak nak disuap makan

"Kalau ada masalah dengan hubungan, jangan pendam. Selesaikan cara baik dengan pasangan kau. Lagi-lagi bila kau cerita masalah tu dekat kawan rapat bujang pula tu, jenis cemburu. Lagi dia menghasut," luahnya.

Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju bahawa perselisihan faham antara pasangan sebaiknya diselesaikan sendiri kerana orang luar hanya mengetahui cerita daripada sebelah pihak.

"Tak ada siapa pun patut tahu apabila awak dan pasangan sedang dalam hubungan tak baik kecuali kalian berdua.

"Percayalah hasutan kawan tu lagi teruk... siap beritahu lagi yang pasangan dah tawar hati," komen beberapa netizen.

  • Jangan jadikan rakan tempat luah masalah hubungan.
  • Lelaki dakwa hasutan rakan boleh rosakkan hubungan.
  • Masalah pasangan lebih baik diselesaikan berdua.
  • Netizen berbeza pandangan tentang luah masalah hubungan.
  • Nasihat rakan penting jika berlaku penderaan.

Bagaimanapun, seorang netizen berkongsi pengalaman berbeza dengan menyatakan nasihat rakan juga penting dalam situasi tertentu, terutama apabila hubungan melibatkan penderaan fizikal.

"Tengok situasi juga. Kawan saya cerita fasal pasangan dia panas baran dan selalu naik tangan. Saya bagi dorongan suruh dia tinggalkan. Mulanya dia susah nak pergi.

"Apabila dia sudah berpindah jauh, sekarang dia jumpa lelaki lebih sayangkan dia dan sekufu. Bulan Disember ni nikah. Saya nasihatkan macam tu sebab tak mahu dia dan bakal anak-anak menderita kemudian hari," komen sebahagian netizen.

Artikel Lain