Setiap individu perlu mempunyai 'common sense' apabila menggunakan kemudahan bersama. -Gambar hiasan AI
KEMUDAHAN surau yang disediakan di tempat kerja sepatutnya menjadi ruang rehat dan ibadah yang selesa untuk semua pekerja.Namun tidak dinafikan wujud segelintir individu yang menyalahgunakan ruang berkenaan sehingga mengundang rasa kurang senang pekerja lain. Di Threads, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap rakan sekerjanya yang didakwa sering 'menguasai' ruang surau sehingga menyukarkan pekerja lain menunaikan solat.Kebanyakan syarikat menyediakan surau untuk kemudahan kakitangan menunaikan solat. -Gambar hiasan AI"Serabut dengan perempuan dekat tempat kerja aku ni. Pukul 3.10 naik surau, solat Zohor lepas tu baring sampai pukul 4.40 nak tunggu Asar."Apabila ada orang masuk surau nak kejar Zohor, ruang tak ada sebab dia dan geng dah baring. Langsung tak bangun ya," luahnya.Menurut wanita itu lagi, keadaan tersebut menyebabkan pekerja lain terpaksa bersolat dalam keadaan tergesa-gesa bagi memberi ruang kepada individu yang turut 'mengejar' waktu Zohor.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita disindir rakan sekerja pakai mekap selepas solat, respon akak ‘cleaner’ buat hati berbungaARTIKEL BERKAITAN: “Jangan cemarkan nama Islam” - Wanita kecewa rakan sekerja ambil masa lama solat di surau, sudahnya kerja tak siapTambahnya, dalam kebanyakan masa, sebahagian kakitangan menunaikan solat Zohor agak lewat kerana terikat dengan tugasan luar, sekali gus menyebabkan ruang surau penuh ditambah pula dengan sikap segelintir pekerja yang tidak bertimbang rasa.“Aku dah pernah mengadu dekat HR pasal ni, HR pasang CCTV dan kakitangan perempuan je tengok rakaman. Tapi geng ni tutup pakai bantal," dakwanya.Wanita itu turut mendakwa pihak sumber manusia (HR) tidak membuat pemantauan secara berkala di surau kerana kebanyakan kakitangannya solat di ruang berhampiran jabatan berkenaan.Seorang wanita tidak puas hati terhadap rakan sekerja yang didakwa sering berbaring berjam-jam di surau selepas solat Zohor.Menurutnya, tindakan itu menyebabkan pekerja lain sukar mendapatkan ruang untuk solat.Wanita berkenaan mendakwa pernah membuat aduan kepada HR namun masalah itu masih berterusan.Kumpulan pekerja terbabit bertindak licik bagi mengelakkan identiti mereka dikenal pasti menerusi rakaman CCTV.Ramai netizen menyarankan agar isu tersebut dibawa semula kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut.Ringkasan ini dijana oleh AI"HR tak spot check surau sebab mereka solat depan bilik HR, ada ruang."Apa aku kena buat eh? Sick la mereka ni," luahnya. Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan supaya isu berkenaan diketengahkan kepada pihak atasan dengan bukti lebih kukuh bagi membincangkan penyelesaian yang sesuai demi mengelakkan konflik di tempat kerja."HR company lain kalau nampak orang duduk dalam surau lebih 20 minit dah kena warning letter tau. Nak baring-baring memang tak boleh la."Sound je kak. Orang tiada common sense ni memang tak guna otak," komen segelintir netizen.