Selain rawatan moden, ada juga yang memilih kaedah tradisional bagi mengubati penyakit. -Gambar hiasan AI
BAGI mereka yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual, detik hitam yang dilalui bukanlah satu perkara mudah untuk dilenyapkan daripada lipatan ingatan.Berkongsi kisah duka, seorang pemuda tampil mendedahkan bagaimana dia juga pernah menjadi mangsa nafsu serakah saudaranya sendiri ketika sedang buntu menjalani rawatan bagi menyembuhkan penyakit misteri pada tahun 2021. "Masa tu saya demam tiga minggu tak sihat-sihat. Selalu mimpi kena kejar dan jatuh dari tempat tinggi. Pakcik belah mak volunteer nak bantu, dia kata pandai rawat orang.Lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual juga boleh mengalami trauma. -Gambar hiasan AI"Umurnya sekitar 35. Pakcik tu naik bilik saya untuk merawat. Dia kunci pintu. Saya hairan, tapi saya fikir mungkin dia tak nak diganggu. Dia suruh saya baring, dia duduk di tepi."Dia juga pesan supaya saya jangan buka mata. Dia mula baca ayat dengan bismillah. Masa rawatan, dia kata ada banyak 'benda' berkampung di kawasan paha saya," ujarnya memulakan cerita.Menurut pemuda itu, pada awalnya dia langsung tidak bersangka buruk dan hanya membiarkan sahaja tubuhnya disentuh kerana menyangka tindakan itu sebahagian daripada proses rawatan.Pemuda dakwa pernah dicabul ketika menjalani rawatan sakit misteri.Dia mendakwa pelaku merupakan pakcik belah keluarga ibunya.Perawat didakwa menyentuh alat sulit mangsa ketika sesi rawatan.Mangsa terpaksa menghentikan sesi kerana tidak tahan dicabul.Ringkasan ini dijana oleh AIBagaimanapun, sangkaannya meleset sama sekali hingga dia akhirnya terpaksa menghentikan sesi itu selepas bahagian sulitnya disentuh tanpa kebenaran oleh lelaki berkenaan."Awalnya aku ingat dia tersalah sentuh. Tapi dah berkali-kali diulang. Kemudian dia pindah urut bahagian bawah pusat pula sambil cakap... main pindah-pindah 'benda' ni."Kemudian tangan dia makin turun ke bawah. Mungkin dia fikir aku bagi green light. Saya jadi terkejut. Saya tepis tangan dan buka mata."Nampak pakcik tu hampir telanjang, tinggal boxer je. Apabila ditanya, dia kata bilik ni panas. Saya kurung diri dalam tandas dan suruh dia berambus.ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual trauma dirinya terus jadi mangsa cabul, terbaharu lelaki gila seks berseluar pink nak try dalam tandas - “Saya ni taklah handsome sangat” ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda gay ditahan polis gara-gara cabul remaja dalam tandas"Dia minta maaf dan merayu jangan ceritakan pada orang lain. Sampai sekarang dia macam ada bagi hint nak cuba dekati, tapi saya tak layan," imbasnya lagi.Hantaran di Threads itu turut menerima pelbagai komen daripada netizen."Paling seram dengan orang yang pura-pura pandai berubat ni, lepas tu dia ambil kesempatan atas orang lain."Mesti kamu trauma sebab benda ni berlaku dengan orang yang dikenali, moga tabah," tulis netizen.