Perbezaan pendapat antara ibu dan anak adalah perkara yang ada kalanya tidak dapat dielakkan. -Gambar hiasan AI
DEMI menjaga imej dan status di mata saudara-mara, ada segelintir ibu bapa yang sanggup melakukan perkara di luar jangkaan sehingga tanpa sedar memberi kesan mendalam terhadap emosi anak sendiri.Begitulah luahan pedih seorang wanita apabila mendakwa kehidupannya sering dibayangi sikap ibunya yang terlalu mementingkan status sosial sehingga sanggup mereka-reka cerita mengenai kerjayanya demi dipandang tinggi. "Mak aku nak sangat aku jadi doktor tapi takdir berkata lain. Dia cerita dekat kawan, saudara-mara dia yang aku sambung belajar dalam bidang perubatan... walhal tidak," tulisnya di Threads.Setiap ibu pasti mahukan pendidikan terbaik untuk anak mereka. -Gambar hiasan AINamun, apa yang lebih mengejutkan adalah tindakan ibunya ketika wanita berkenaan mahu mendirikan rumah tangga.Wanita itu mendakwa ibunya tergamak mencetak semula kad jemputan perkahwinan tanpa pengetahuannya.Menurut wanita itu, ibunya memandai-mandai menambah gelaran 'Dr' pada namanya dan bakal suami sebelum kad tersebut diedarkan kepada saudara-mara."Tak lama lepas tu, aku nak kahwin. Aku dah ada kad kahwin. Tekalah apa dia buat.ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah pilih kasih... 4 anak jadi doktor disanjung, seorang lagi diperlekeh! Beritahu orang lain ‘dia je kerja biasa’ARTIKEL BERKAITAN: Umur 70 tahun masih toksik, nak kongkong semua perkara... Anak nekad pindah dari rumah ibu, mahu jaga mental isteri"Dia pergi kedai, print kad kahwin lain, dia suruh designer letak title 'Dr' dekat nama suami dan nama aku. Kemudian dia edarkan dekat saudara kononnya nak orang tahu anak dan menantu dia doktor. "Aku dapat tahu lepas kenduri habis, kantoi aku terjumpa kad tu. Sampai sekarang aku malu sebab orang ingat aku doktor," luahnya lagi.Ujar wanita tersebut, perkara itu hanyalah salah satu daripada sikap ibunya yang didakwa sering memberi tekanan kepadanya sejak sekian lama.Malah, katanya, dia pernah mendapatkan rawatan psikiatri dan dimaklumkan bahawa kemurungan yang dialaminya dipercayai berpunca daripada tekanan akibat sikap ibunya itu.Seorang wanita mendakwa ibunya terlalu mementingkan status sehingga sanggup berbohong mengenai kerjayanya.Ibunya memberitahu saudara-mara kononnya dia melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.Kad kahwinnya turut dicetak semula dengan gelaran 'Dr.' tanpa pengetahuannya.Wanita itu berkata dia mengalami kemurungan akibat tekanan daripada ibunya.Netizen menasihatkannya mengutamakan kesihatan mental dan menetapkan batasan dengan ibunya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Mak aku yang sebenarnya sakit tapi aku jadi mangsa. Tapi apabila orang cakap tentang hal ni, dia mengamuk. Banyak la redflag. Sedih nak cakap. "Dia selalu judge keluarga suami aku. Tak boleh orang lebih daripada dia langsung," kongsinya lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang bersimpati dengannya.Ramai menyarankan agar dia mengutamakan kesihatan mental, selain tidak membiarkan sikap ibunya terus memberi tekanan kepada kehidupan dan rumah tangganya."Malu kemudian hari lebih besar daripada malu anak tak jadi doktor."Maybe mak awak sebenarnya bercita-cita nak jadi doktor tapi tak kesampaian," demikian antara komen netizen.