suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taksub nak dapat jutaan ringgit, 12 tahun bapa ‘bank-in’ duit ke akaun scammer! - “Setiap hari RM100, RM1,000 pun ada!”

Warga emas sering terpedaya dengan pulangan lumayan sehingga sanggup berhabis ribuan ringgit. -Gambar hiasan AI

RAMAI yang mengimpikan kehidupan lebih tenang dan selesa di usia senja.

Bagaimanapun keinginan seumpama itu kadangkala membuka ruang buat individu tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan.

Begitulah nasib malang yang menimpa seorang warga emas apabila dia terpedaya dengan janji pulangan pelaburan bernilai jutaan ringgit sejak tahun 2014 lagi.

Kisah menyayat hati ini dikongsikan anaknya sendiri yang meluahkan kebimbangan yang amat sangat mengenai sindiket penipuan tersebut.

Mana tidaknya, transaksi kiriman wang dilakukan oleh bapanya hampir setiap hari, malah perkara itu sudah berlarutan selama lebih sedekad.

Lebih mendukacitakan, setiap kata-kata nasihat dan rayuan daripada anak-anak langsung tidak pernah diendahkan si bapa.

Pulangan lumayan yang dijanjikan sindiket menyebabkan ramai individu terpedaya. -Gambar hiasan

Pulangan lumayan yang dijanjikan sindiket menyebabkan ramai individu terpedaya. -Gambar hiasan

"Bapa aku kena tipu sejak tahun 2014, sampai hari ini dia masih aktif pindahkan duit ke akaun yang sama sebab masih yakin semua janji pelaburan tu akan jadi kenyataan.

"Masalahnya sekarang, anak-anak dah penat nasihat dan merayu, kakak aku siap pergi balai nak buat laporan polis tapi tak boleh sebab kena tuan badan sendiri lakukan," luahnya di Thread.

Kedegilan bapanya itu membuatkan dia dan adik-beradik yang lain hanya mampu memerhati dari jauh.

Mereka juga pernah dihalang daripada pulang ke kampung halaman hanya disebabkan kelantangan memberi nasihat.

"Duit dia habis sedikit demi sedikit, tapi kami cuma mampu tengok dari jauh.

  • Warga emas didakwa menjadi mangsa scam sejak 2014 kerana percaya janji pulangan lumayan.
  • Anak-anak gagal menghalangnya walaupun sudah berkali-kali menasihati dan merayu.
  • Mangsa didakwa memindahkan wang setiap hari, antara RM100 hingga RM1,000.
  • Walaupun uzur dan bertongkat, dia tetap memandu ke bank untuk membuat transaksi.
  • Netizen menggesa keluarga mendapatkan bantuan pihak berkuasa bagi menghentikan penipuan itu.

"Pernah nasihat tapi dia mengamuk dan tak bagi anak-anak balik rumah," jelasnya yang kini buntu mencari jalan untuk membongkar sindiket berkenaan demi menyelamatkan bapanya.

Apa yang merisaukan, transaksi kiriman wang dilakukan saban hari dengan jumlah yang kadangkala mencecah ribuan ringgit bagi setiap transaksi.

Lebih meruntun jiwa apabila pengadu mendedahkan keadaan fizikal bapanya yang sudah uzur dan berjalan menggunakan tongkat, namun masih gagah memandu kenderaan ulang-alik sejauh 25 kilometer semata-mata mahu ke bank.

"Bayangkan setiap hari dia masukkan sekitar RM100 hingga RM200 dan pernah RM500, RM1,000 pun ada. Kalau setiap hari dia bank-in, berapa ratus ribu dah," tambahnya lagi mengenang wang titik peluh bapanya yang lebur begitu sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa saudara kena scam umrah RM180,000... Wanita terkenang kisah ibu dihina orang sama lepas minta bayar hutang arwah bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Seharian mak menangis, terkejut RM100,000 lesap daripada akaun bank ayah! Hanya sedar ketika nak ‘withdraw’ duit di ATM

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya menggesa pihak keluarga segera mendapatkan bantuan agensi berkaitan.

Malah, ada juga netizen yang tampil mendedahkan modus operandi serupa yang pernah terkena pada ahli keluarga mereka sendiri.

"Sama juga dengan mak saya. Baru dapat pencen, tak sampai tiga hari semua duit dah habis. Bulan lepas dia pinjam lagi RM5,000 daripada makcik dan semuanya diberi kepada scammer. Dah nasihat dan bawa ke balai polis, tapi dia tetap percaya.

"Awak, kita sama. Abah saya sampai pernah masuk lokap dan bayar denda mahkamah, tapi masih tak serik. Dia seolah-olah rela ditipu scammer. Saya memang sangat kecewa dengan tindakan dia," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain