suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paling lama 4 hari tak balik! Isteri penat hadap perangai suami tak matang, asyik lari ke rumah mak setiap kali gaduh

Tindakan keluar rumah setiap kali berselisih faham tidak akan menyelesaikan masalah. -Gambar hiasan AI

PERSELISIHAN faham merupakan lumrah yang sukar dielakkan oleh mana-mana pasangan yang melayari bahtera rumah tangga.

Bagaimanapun, setiap konflik seharusnya diselesaikan menerusi komunikasi dua hala yang matang, bukannya dengan cara mengelak atau melarikan diri daripada masalah.

Begitulah luahan seorang wanita ketika mengakui semakin penat berdepan sikap suaminya yang didakwa gemar keluar rumah setiap kali berlaku salah faham sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

"Setiap kali bergaduh, suami ambil inisiatif keluar rumah sampai berhari-hari tak balik.

Komunikasi yang berkesan antara pasangan menjadi kunci kebahagiaan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Setakat ni paling maksimum empat hari. Bagi aku, suami isteri bergaduh dan salah faham tu normal, tapi yang tak normal apabila suami tak balik rumah langsung.

"Aku tahu dia tidur rumah parents dia. Berturut-turut setiap minggu. Setiap kali bergaduh, dia keluar rumah. Bergaduh pula hanya salah faham," katanya dalam perkongsian tular di media sosial.

Lebih memeritkan, wanita itu berkata dia terpaksa menguruskan bayi mereka yang baru berusia lima bulan seorang diri setiap kali suaminya bertindak mementingkan diri sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah bukan ‘provider’, solat wajib pun tinggal! Janji temu pertama wanita ini serba tak kena, terjumpa lelaki ‘redflag’

ARTIKEL BERKAITAN: Baru naik gaji RM5,000 terus rasa tak sekufu... Lelaki terfikir nak cerai sebab isteri cuma raih RM1,800 sebulan

Ujarnya lagi, dia sudah berkali-kali merayu dan meminta suaminya untuk mengubah tabiat buruk itu serta belajar menyelesaikan masalah bersama-sama, sekiranya benar masih ada niat untuk mempertahankan perkahwinan mereka.

"Kalau sekali dua, aku masih boleh terima. Tapi ni setiap minggu macam dah jadi kewajipan.

"Aku cakap dekat dia, kalau dah selesa hidup tanpa aku dan anak, kenapa nak simpan? Lepaskan je aku..

"Aku cuba contact mak ayah dia berkali-kali setiap kali suami aku tak balik rumah macam ni. Mereka pun sama akan palau aku," katanya dengan nada buntu apabila mentua turut menyebelahi anak lelaki mereka.

  • Seorang wanita meluahkan rasa penat berdepan sikap suaminya yang kerap keluar rumah setiap kali berlaku salah faham.
  • Suaminya akan menghilangkan diri sehingga berhari-hari dan bermalam di rumah ibu bapanya.
  • Wanita itu terpaksa menguruskan bayi mereka yang baru berusia lima bulan seorang diri.
  • Dia mendakwa sudah berkali-kali meminta suami berubah namun sikap itu masih berulang.
  • Netizen mengkritik tindakan suami yang lari daripada masalah dan menganggapnya bacul.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata berpendapat Tindakan melarikan diri setiap kali berlaku perselisihan bukanlah cara yang sihat untuk menyelesaikan konflik rumah tangga.

Malah, ramai menyarankan agar pasangan itu mendapatkan bantuan kaunseling perkahwinan sekiranya masih mahu mempertahankan hubungan demi kesejahteraan anak yang masih kecil.

"Bawa ke mahkamah. Jantan tu tak matang. Bacul betul ya, lari daripada masalah. 

"Lain kali kalau gaduh, pesan jangan keluar macam tu je... duit belanja nafkah tinggalkan.

"Baik tak payah kahwin...duduk je terus dengan mak," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain