suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita tipu resume mengaku miliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak... Gelabah taska panggil jalani tempoh kerja percubaan

Majikan lebih cenderung memilih calon yang memenuhi kelayakan serta mempunyai kemahiran relevan dengan bidang pekerjaan. -Gambar hiasan AI

HIDUP dalam keadaan pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif, pencari kerja bukan sahaja perlu memiliki kelayakan sesuai, malah terpaksa bersaing dengan ribuan calon lain bagi merebut kekosongan jawatan.

Dek kerana tekanan tersebut, seorang wanita mengakui terpaksa menipu maklumat dalam resumennya semata-mata untuk meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan.

Menerusi satu perkongsian di Threads, wanita itu mengakui dia tidak pernah memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak seperti yang dinyatakan dalam resume yang dihantar kepada sebuah tadika.

Bekerja dalam bidang penjagaan dan pendidikan kanak-kanak memerlukan kesabaran tinggi serta tanggungjawab yang besar. Gambar hiasan AI

"Saya tipu tentang resume saya. Saya tidak pernah mempunyai Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan anda semua tahu sekarang cari kerja susah," tulisnya.

Menurut wanita itu, dia kemudiannya dipanggil untuk menjalani kerja percubaan selama sehari di tadika berkenaan sebelum dipertimbangkan untuk mengisi kekosongan jawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Calon umur 40-an gagal dapat kerja walau dipuji masa 'interview'... HR anggap dah tua, risau ada penyakit

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cantik ‘lenggang kangkung’ datang ‘interview’ kerja… Tak sempat cakap banyak penemu duga hambat balik!

Tidak menyatakan lebih lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan, wanita itu bagaimanapun mengakui berasa cemas kerana tidak mempunyai kelayakan atau pengalaman seperti yang didakwa dalam resume.

"Tolong, seseorang dari bidang ini bantu saya," katanya.

Menjelaskan keadaan sebenar lebih lanjut, wanita itu berkata dia sekadar mahu mendapatkan pandangan orang ramai sebelum menghadiri kerja percubaan berkenaan.

"Kerja percubaan pun belum mula lagi, jadi bertenang. Sebab itu saya minta pandangan di sini, bukannya saya dah buat kerja tersebut," katanya lagi.

  • Seorang wanita mengaku menipu kelayakan akademik dalam resume kerana sukar dapat kerja.
  • Dia menipu kononnya pemegang Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak walaupun tak pernah memilikinya.
  • Wanita itu dipanggil menjalani kerja percubaan sehari di sebuah tadika.
  • Dia meminta pandangan orang ramai sebelum menghadiri kerja percubaan tersebut.
  • Netizen menasihatkannya supaya jujur kerana penipuan boleh menjejaskan kerjaya dan membahayakan kanak-kanak.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya menasihatkan wanita berkenaan supaya bersikap jujur mengenai kelayakan akademiknya.

"Lebih baik jujur... sebab nak jaga budak bukan senang. Kebanyakan tadika prefer sekurang-kurangnya diploma melainkan jawatan pembantu.

"Menjaga dan mengajar anak-anak tanggungjawab besar, jangan nanti ada cedera ke apa dan polis siasat jadi benda lain.

"Bersedialah kena saman dan kena blacklist daripada company sebab tipu latar belakang pendidikan," demikian sebahagian komen netizen.

Artikel Lain