suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda gay ditahan polis gara-gara cabul remaja dalam tandas

Pelaku jenayah seksual wajar diberikan hukuman berat. -Gambar hiasan

SEORANG pemuda ditahan selepas dia mencabul seorang remaja ketika mereka berada di atas sebuah kapal persiaran, kata pihak berkuasa.

Suspek, Yorkiss Yazbek Montalvo Ramos, 35, dari Reynosa, Mexico, didakwa melakukan kesalahan itu di PortMiami pada Jumaat.

Dia kemudiannya ditahan pada Sabtu selepas mangsa membuat laporan polis.

Menurut Polis Miami-Dade, remaja berusia 17 tahun itu terserempak dengan suspek ketika mereka berada di atas kapal berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah cabul budak perempuan, atuk 70 tahun ditahan polis... Rupanya ‘umpan’ mangsa guna gula-gula

Mangsa mendakwa diekori ke tandas sebelum kemaluannya dipegang oleh suspek ketika dia sedang membuang air kecil.

Malah, suspek juga didakwa membuat isyarat tangan, seolah-olah mengajak mangsa untuk melakukan seks oral.

Suspek kini ditahan di Pusat Koreksional Turner Guilford Knight untuk tindakan selanjutnya. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain